TTC Journey : On Clomid 150mg untuk kali pertama

Assalamualaikum semua,

Sorry dah lama tak update post dalam blog ni. Bz konon nya. Rasa macam setahun sekali aje update. hahahahaha.... Lately ni tengok statistic blog, ramai yang view post 1st appointment.

Post kali ni Fid nak review pasal makan Clomid. Igat ye kawan-kawan, pengambilan Clomid ini hendaklah mengikut nasihat doktor. Jangan sewenang2 nya beli di farmasi.

sumber dari google


Untuk post lepas, Fid ada bagitau yang doktor telah bekalkan Clomid 150mg untuk pengambilan 1 bulan. Untuk makan clomid tu Fid kene tunggu next period. Pada hari pertama period Fid kena call Klinik Dr Hamid untuk set next appointment. Then hari ke2-6, Fid kene proceed untuk makan clomid. So far sepanjang period tu tak de rasa kesan pape pun makan ubat tu tapi bila tiba hari ke 12 - 14, perut rasa macam dicucuk-cucuk di sebelah kanan dan kiri, senak. Rasa macam senggugut pun ada. Masa tu redah aje dan fikir itu normal. Then hari ke15 Fid pergi appointment Klinik Dr Hamid. Time tu doktor akan scan telur sama ada besar ke tak. Alhamdulilah masa scan tu ada 3 telur besar sebelah kanan dan 1 di sebelah kiri. Doktor decide untuk cucuk pregnyl (untuk pecah kan telur). Then doktor suruh balik dan bersama dengan suami selang sehari.

Bayaran yang dikenakan :

Scan : RM50
Pregnyl : RM90
Clomid : RM45 (untuk next cycle period)

Hari berganti hari, hati selalu berdoa semoga lekat kali ini. Tapi masih belum rezeki kami ketika itu. Period pun datang mengikut tarikh sepatutnya. Repeat semula step call klinik set appointment n makan clomid. Rasa sakit tu masih ada ketika hari ke12-14 tu. Tapi orang cakap tu sebab telur membesar. Tapi appointment kali ni Fid tak pergi sbb ada hal yang tak boleh dielakkan. Mengikut nasihat doktor yang lepas, kami bersama selang sehari dan seterusnya menunggu sama ada period or tidak period untuk next month nya.

Tunggu next post, apa yang terjadi sama ada period ke tak?

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey : 1st Appointment Klinik Dr Hamid Arshat

Trip To Langkawi Day 1

Prosedur Perkahwinan : Borang nikah