Wednesday, September 11, 2019

Trip Langkawi : Tips travel bersama Anak

Assalamualaikum

Dah lama betul Fid tak post kat blog ni kan? Maaf sentiasa sibuk dengan rutin harian sebagai seorang isteri, seorang pekerja dan seorang ibu. Poyooo sangat kan.

Last post Fid hanya bercerita tentang pengalaman bersalin anak pertama. Selepas itu terus diam kan. Hahahaha... Tup tup Ali dah 2 tahun lebih sekarang.

Serius banyak betul post yang pending untuk share dalam blog. Tapi untuk kali ni Fid nak share pengalaman Fid bawa Ali holiday ke Langkawi. Sebenarnya dah kerap kali bawa Ali holiday seperti di Port Dickson, Bagan Lang etc. tetapi ke Langkawi ni 1st time bawa Ali naik kapal terbang.

Before pergi memang risau takut Ali tak selesa atau badmood sepanjang perjalanan. Alhamdulilah perjalanan semua berjalan lancar.

Trip ke Langkawi ni adalah selama 4H3M bermula pada 28 July 2019 hingga 31 July 2019.
Kami bertolak ke KLIA dalam kul 430 pagi dan lebih kurang kul 5 pagi kami dah ada kat KLIA2. Sebenarnya flight berlepas kul 7 pagi tapi sebab bila penumpang membawa infant (masa itu Ali bawah 2 tahun), penumpang kene check-in kat kaunter. So tak nak kelam kabut kena datang awal la sebab nak check in luggage sekali. Bila dah check-in, cari makan dulu pastu terus masuk ke ruang pelepasan dan menghabiskan masa di situ. Sempat la bergilir-giler dengan suami untuk solat subuh. Bila bawa anak ni memang la menjadi kerja ibu bapa tuk mengejar diorg tambahan tempat baru banyak la nak explore.

Tgk la ni baru sampai dari KL dia dah macam-macam. Alhamdulilah husband banyak 
membantu dlm handle anak. 



Untuk post kali ni Fid nak share tips bila travel dengan anak. Fid hendak berkongsi dengan korang, mana thu boleh membantu sedikit sebanyak.

1. Fahami anak anda. 

Fid percaya semua ibu di dunia ni amat memahami anak masing2. Apa yang anak selesa, apa yang anak suka tentunya ibu lebih memahami. Menda yang pertama Fid risau adalah keselesaan Ali ketika dalam flight. So Fid memang kene memainkan peranan untuk menenangkan Ali. Time tu duduk tepi tingkap, macam2 la mengalih perhatian Ali untuk tgk plane lain yang boleh nampak dari tingkap flight. Bila dah ada kat atas, Ali dah mula gelisah. Dia tak nak pakai tali pinggang. Bila Ali dah macam tu cepat2 bagi Ali susu. Ali masih menyusu badan, maka senang la tugas Fid ni. Lepas menyusu terus tido. Sedar2 dah kat Langkawi. Fuhhh senang kerja mak engkau.

2. Rancang 

Sebenarnya Fid memang merancang untuk kejutkan dan mandikan Ali awal pagi before kami bergerak ke KLIA2 tu sebab memang plan nk suruh Ali tidur dlm flight. Bila bawa anak pergi bercuti, korang kene faham anak sendiri. Apa kemungkinan akan berlaku dan rancang apa patut. Macam my sis, dia bawa plastik dan bagi anak bermain dengan plastik. Kadang bila anak meragam, kite takut mengganggu keselesaan penumpang lain. Ada sesetengah orang, mereka mengambil penerbangan waktu malam yang mana ketika itu masa anak tidur. So sepanjang dalam flight anak akan tidur.

3. Keperluan cukup

Pastikan keperluan anak seperti susu, ubat-ubatan dan keperluan harian anak cukup. Bagi Fid yang paling penting adalah ubat-ubatan. Kadang2 kite tidak menjangkaan jika anak kita akan demam or terluka sepanjang berjalan-jalan. Maklum la kalau bercuti di pulau ni tak lari dengan cuaca panas.
Bagi seorang ibu, kita sentiasa mengharapkan agar anak kita sihat aje sepanjang masa.  Yang penting, sediakan payung sebelum hujan. Bekalan baju juga pastikan cukup. Bila holiday tumpuan untuk mencuba pelbagai makanan tempatan adalah perkara wajib. Anak tak lupa juga nak makan macam2. Pastikan makanan yang diberikan kepada anak tidak memudaratkan. Wet tisu dan sanitizer jgn lupa bawa. Amat berguna.

4. Jadual tidak padat

Pastikan jadual berjalan tidak padat. Jika jadual padat, anak akan jadi letih dan mudah moody.  Kita dewasa pun kalo banyak jalan pun penat dgn cuaca yang panas. Fid dan suami akan balik hotel semula tengahari bila keluar awal pagi. Time tu balik bilik mandikan dan tido kan anak dulu, nnti selepas 2 or 3 jam bru la sambung jalan lagi. Jgn penting kan diri sendiri, excited nk shoping dan berjalan k.

dah terjelepuk celah meja. 


Itu sahaja kot tips yang Fid nak share. Tapi bagi Fid peranan pasangan juga penting dalam membantu handle anak ketika di luar. Sama2 nak gembira bercuti, maka sama2 la membantu. Kang silap2 ada yang makan hati.

Ok next time Fid share tempat2 yang menarik kami sempat kunjungi.Apa yang Fid share ni adalah pendapat Fid. Jika korang ada pendapat sendiri boleh komen kat ruang komen k.

Bye.