Thursday, January 18, 2018

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamalaikum...

Setiap orang pengalaman bersalin berbeza-beza. Ada yang mudah dan sebalik nya. Alhamdulilah urusan kami suami isteri menyambut anak ini dipermudahkan.

11 Ogos 2017

Ketika tu bru balik dari kerja. Duk baring2 depan tv tiba2 rasa sakit perut tp kejap2 aje terutama ketika mengiring. Kebetulan encik suami sampai lewat kat umah. Mungkin rasa sakit biasa kot. Sakit tu memang tak cakap pada suami langsung. Diam aje. 

12 Ogos 2017

6.00 pagi : bangun kencing dan tak de rasa sakit pape. Solat then tido semula (biasa la hujung minggu). Hihihi...

10.00 pagi : Bru bangun dan terus mandi. Plan nya hari ni nak pergi cod tauhu bergedil kat Sg Ramal. Tengok kawan order dan terasa nak mkan. Gigih kot jauh2 tapi nak juga sebab takut nanti dah bersalin x sempat makan.

Sumber : google


11.30 pagi : Masa otw nk p kajang tu perut rasa sakit tpi sakit kejap2 aje. Saje aje la buka application yang boleh catat contraction. Masa duk tekan setiap kali contraction tu memang x pandang handphone sebab takut. Cukup 5 kali tiba2 keluar notification suruh bersiap ke hospital. Bila tgk screen contraction setiap 5minit. Tunjuk kat encik suami dan dia ckp “sayang jgn main...”. Fid time tu sedap kan hati mungkin sakit main2 kot.


 

Dapat tauhu tu terus makan dalam kereta. Sempat la makan 1 biji. Dalam 1 kotak tauhu tu ada 12 biji. Fid sempat la anta ke Bukit Antarabangsa sebab share dgn officemate. Masa tu MRR2 jammed. Perut sama macam tadi sakit kejap2. 

2.30 ptg : Sampai aje rumah, Fid ckp dgn encik suami nk rehat dan tido kat tingkat atas. Mata memang xleh pejam. Duk message akak ipar ckp ada rasa sakit2. Entah macam mn tiba2 turun tingkat bawah n cakap dgn encik suami nak p hospital check kenapa sakit sebab kandungan baru masuk 37minggu. 

Lepas cakap tu encik suami dah keluar masuk umah. Tak thu nervous ke apa. Fid naik bilik semula then kemas baju semua. Masa tu leh sengih2 lgi. Lepas tu terus gerak ke HKL. Jarak dari rumah hanya 10minit.

4.30 petang : sampai HKL terus pergi ke PAC. Pergi kaunter ckp ada rasa sakit2. Muka leh senyum lagi. Nurse terus suruh salin kain guna kain pink hospital tu. Nurse siap rasa dgn tangan then ckp rasa contraction tak kuat. Aku ckp "aaaa sudah main2 lak". Ye la gelabah sebb kang orang ckp sakit sikit dah nak p hospital. Tiba turn doktor nak check jalan, time tu biasa lagi tp bila doktor ckp jalan dah buka 3cm setengah, mula la gelabah. Keluar cari encik suami. 

6.00 petang : naik ke ward. Time tu memang x fikir nak bersalin seawal tu. Encik suami siap bawa naik bakul makanan dan bag baju Fid. Baju baby tinggal dlm kereta. Kiteorang pampers baby pun tak beli lagi sebab fikir lambat lagi. Bila dah masuk ward tu nurse buat CTG. Setiap kali lalu kat katil nurse akan tnye ada keluar tanda2 darah ke. Fid ckp tak de. 

6.30 petang : Pergi toilet nak buang air dan time nak flush nampak ada darah dlm bowl. Dalam hati cakap mybe orang sebelum ni masuk tak flush. hahahha.. x yakin darah sendiri sebab masa basuh dan rasa dengan jari xde darah pun. Bila nurse tye memang jawab xde darah. Sepanjang jalan dari katil ke toilet Fid mesti akan berhenti seketika sebab tahan sakit. Sepanjang duk atas katil memang kunyuh kurma dan zikir Nabi  Yunus. 



7.30 malam : Pergi ke toilet lagi. Kali ni kene check betul2. Sebelum duduk check toilet bowl dulu then baru membuang. Bila bangun memang keluar darah agak berketul2. Bila nurse tnye memang bgtau ada darah. Nurse siap ckp "kalau tak tahan boleh bagitau then diorg akan check jalan". Fid ckp boleh tahan lagi.

8.30 malam : Bila sakit makin kuat Fid guna application tuk count contraction then tgk result seperti di bawah. Makin nervous. Fid diam lagi. Hihihi... Rasa cepatnya dah nak bersalin ke? perut lapar then suruh suami belikan nasi goreng. 



9.30 malam : Nurse datang katil dan cakap doktor nak check tengok berapa cm dah buka. Pernah dengar cerita bukaan tuk anak pertama ni lambat buka. Bila sampai bilik rawatan tu then baring. Bila doktor seluk doktor ckp "Dah full bukaan". Fid ckp dalam hati "aaa sudah macam mn ni". Nurse pulak ckp xkan la doktor. Nurse pulak check. Nurse ckap "Dah 7cm buka". Pastu diorg start prepare hantar ke labor room. Balik katil bgtau suami.

Nurse dtg ke katil ckp suruh prepare baju bayi sebab nak pergi labor room. Kiteorg dah gelabah sebab beg baby dalam kereta dan pampers tak beli lagi. Ckp kat nurse "saya nak makan dulu boleh?". Nurse siap pesan jgn lama2. Sebenarnya nak cover suami pergi ambik beg baby dan beli pampers kat mart. 

10.00 malam : Dah gerak ke labor room. Nervous sebab duk fikir macam mn la rupa labor room. Hahahaha... 1st time memang excited sikit. Masuk aje labor room sakit dah makin kerap tambahan dalam bilik tu sejuk giler. Siap request nak ubat tahan sakit sebab dah sakit yang tak leh tahan. Mak Fid dah pesan awal2 jangan nak menjerit. Masa dlm labor Fid tahan dengan gigit kain tudung. 

Lepas tu doktor minta kebenaran nak pecahkan air ketuban. Lepas pecahkan air terus rasa sakit tu tak tertahan. Doktor ckp kalo tak tahan teran aje. Tak de la ckp nak kene tunggu ke apa. Nasib baik la masa sakit yang kemuncak nya encik suami masuk dalam labor room. 

10.44 malam : 3 kali teran lahir lah anak yang selama 5 tahun ditunggu dan di beri nama Ali Ashraf. Ali lahir memang kecik berat hanya 2.06Kg. Lepas bersalin tu Ali terus direfer ke doktor pakar kanak-kanak sebab takut Ali ada komplikasi ke apa2 masalah sebab dia kecik. Alhamdulilah tak de pape masalah. Yeahhh malam tu boleh tidur disamping mama. 

Nak cerita kisah jahit lak (Walaupun anak kecik tetap kene potong waaaa). Jahitan yang bahagian dalam tu memang diorg bius tapi bila bahagian luar diorg tak bius. Memang kita kene tahan. Fid masa nurse jahitan Fid siap borak2 dengan nurse sebab nak hilangkan rasa sakit tu. Tanya macam2 soalan. Hahahahaha... Alhamdulilah berjalan lancar. 

Dah jahit semua selesai kul 1130 macam tu tapi Fid naik ward kul 3 pagi. Tak de orang nk ambik kot. Lepas bersalin tu tnye suami ada makanan tak. Masa tu dalam poket belakang seluar Encik suami ada roti jagung. Time tu telan aje. Hahaha xde lak orang offer air. Dahaga gak la. 

Masa ni kat dalam labor room.

3.00 pagi : Naik kat ward. Lepas abis ubat bius kot yang dimasukkan kat tangan, Fid terus pergi toilet jalan slow2 sebab rasa tak selesa dengan pad yang dipakaikan. Nak tido lagi la. Gagahkan diri pergi toilet. Malam tu Fid tak tido sampai siang sebab duk tngok Ali dan rasa mcm tak percaya dah bersalin. Huhuhuhu... 

Ps : Kalo korang sakit bersalin pastikan jangan menjerit2 atau mengaduh2. Tahan aje selagi mampu. Zikir jgn lupa dan sebelum masuk labor room pastikan makan walaupun sebiji kurma. Jika korang menjerit n mengaduh2 tu menggunakan tenaga korang. Nanti nak teran nak ambik tenaga mana??? hahahaha... Satu lagi pastikan suami ada disamping kita, bukan nak suruh sangat tgk kita bersalin tapi memberi kekuatan untuk kita berjuang.

Post paling panjang setakat ni. Hihihihi... 

Sekian.






4 comments:

Vitamin Syaza (VS) said...

Syukur alhamdulillah selamat semuanya :)

Eita Pengedar Vivix Shaklee said...

Seronok baca pegalaman bersalin awak..

Fied said...

vitamin Syaza alhamdulilha

Fied said...

Tq visit my blog