Monday, January 15, 2018

Pregnancy : Alahan Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Setiap ibu yang mengandung selalunya akan mengalami alahan yang berbeza bagi setiap orang. Kadang2 di kalangan masyarakat kita menganggap menda ini sebagai perangai mengada2 ibu mengandung. Tapi bagi Fid, anda rasa dulu baru anda menilainya.

Alhamdulilah sepanjang mengandung Fid tidak mengalami alahan yang teruk. Muntah2 hanya untuk 2 bulan pertama sahaja. Itu pun rasa lidah pahit2. Lain2 alahan tiada setakat ini.

Tapi....

Sepanjang mengandung Fid lebih suka makan masakan sendiri dibandingkan makan di kedai. Entah la sejak mengandung jadi rajin ke dapur dan mencuba resepi baru. Bila makan masakan sendiri selera sangat. Encik suami lagi la berselera. Hihhihi...





Selain itu juga, Fid jadi seorang yang tak suka duduk kat umah terutama hujung minggu. Setiap kali hujung minggu wajib keluar p mall. Setiap mall kat KL ni memang rajin aje nak pergi. Boleh dikatakan Fid lasak ketika mengandung sampai kan pernah office mate tegur "Kak Fid ni berjalan laju macam tak mengandung". Bos department pun tegur gak " U ni lambat lagi ek nak bersalin?" (padahal time tu dah 8 bulan).

Alhamdulilah semua itu nikmat ketika mengandung. Setiap orang nikmat nya berbeza-beza.

Sekian.

No comments: