Sunday, January 14, 2018

Saya mengandung

Assalamualaikum...

Maaf sangat-sangat sebab dah lama blog ini terabai. Dah berabukkk fuhhh fuhhh.. menaip macam tu seperti ramai benor follower nya.

Kita sambung yek dari cerita sebelum ni...

Ye saya mengandung...

Pasangan mana yang tak gembira bila disahkan mengandung selepas beberapa tahun kahwin bru disahkan mengandung. Sebenarnya kehamilan ini amat-amat tidak dijangka kerana ketika itu Fid dalam process untuk bertukar kerja. Masa tu terhenti seketika otak ni berfikir pasal pregnant. Tp Allah SWT punya kuasa dan takdir yang ini adalah masa yang sesuai untuk menerima rezeki ini.

Alhamdulilah.

Sebenarnya sebelum dapat 2 line pada UPT, Fid pernah bermimpi yang Fid celup UPT dapat 2 line. Tapi bila bangun paginya try celup tpi hanya 1 line aje yang timbul. Kecewa giler.. anggap la itu hanya mimpi.

Tetapi....

Selepas seminggu, hati ini tergerak untuk menguji sekali lagi sama ada pregnant atau tidak ketika itu nak mandi n solat magrib. Saja2 nak test tapi hati tidak mengharap sebab dah beberapa kali kecewa. Tp bila dah celup tu tiba2 nampak 2 line timbul. Masa pegang UPT tu tangan dah menggigil. Tak thu nak gambarkan perasaan masa itu. Masa tu suami ada di tingkat bawah, Fid ambik phone then whatsapp kan picture UPT tu. Nampak muka husband gembira tapi dia buat biasa aje tapi tahu dalam hati tu macam nak melompat ke langit. Hahahaha....

Nak thu tak selepas celup UPT then dapat 2 line, setiap hari Fid celup UPT selama beberapa hari. Nampak tak betapa gembira nya sebab sebelum ni x pernah dpt 2 line. Pagi celup, petang celup. Saja abiskan UPT yang dah beli banyak dlm almari tu. Rasa macam tak percaya aje... (Over sangat aku time tu)

Lepas itu selepas beberapa hari (tunggu beberapa hari tkut kalo keguguran seperti sebelum ni)  Fid pergi klinik biasa area Setiawangsa untuk sah kan sama ada confirm pregnant or tidak. Time tu risau sangat sebab takut UPT kat klinik tak timbul 2 line. Pernah terbaca yang ada org test di rumah timbul 2 line tapi kat klinik 1 line aje. Then doktor sahkan tidak hamil. Time tu memang doa banyak2. Alhamdulilah doktor sahkan  Fid pregnant dari UPT yang dilakukan kat klinik tu.

Selepas 8 minggu (mengikut kiraan period) Fid pergi klinik kesihatan tuk buat buku pink. Process di klinik berjalan lancar. Nurse setkan next appintment tuk pemeriksaan lanjut. Dlm masa sejam selesai urusan di klinik. Nurse juga bekalkan vitaman C, Iron dan Acid Folic. Ada tambahan Iron sebab bacaan HB Fid rendah. (Sambung next post tuk HB rendah).

Sumber : Google


Rutin ke klinik setiap bulan bermula...

Sekian.

No comments: