Monday, January 15, 2018

Pregnancy : HB rendah

Assalamualaikum...

HB rendah ketika mengandung adalah menda yang ditakuti oleh ibu mengandung. Setiap kali appointment dan check darah, sepanjang berjalan dari makmal tu berdoa semoga HB akan naik.

Sepanjang mengandung Fid tak de darah tinggi dan kencing manis tapi HB rendah. Dari sekolah lagi, HB Fid memang berada pada tahap rendah. Setiap kali nak derma darah sure tak boleh. Dulu kalo miss sarapan pagi mesti akan rasa nak pitam. Wajib tuk mengambil sarapan walaupun sekadar sekeping biskut.

Sepanjang mengandung bacaan HB paling rendah adalah 10.1 dan meningkat kepada 11.0 ketika minggu ke38. Alhamdulilah sangat-sangat kerana sekurang-kurangnya ia meningkat berbanding makin menurun.

Setiap hari rasa nya Fid google macam mana nak tingkatkan bacaan HB. Tapi bacaan HB tak naik banyak pun. Fid ambik Iberet Folic. Sebelum ambik dah refer pada nurse sebab tak nak ambik vit yang salah. Bila ambik Iberet Folic, semua vit dari KK Fid tak ambik sebab takut overdose lak. Memang sepanjang mengandung ambik ini.

Selain itu, Fid minum Ribena setiap hari selepas google dan baca pengalaman orang lain. Alhamdulilah HB naik la hingga 11.0. Sekurangnya naik dan tak turun. Ada orang cakap lebih berkesan jika kita mengambil vit ini mengikut cara yang betul.


Iberet ini perlu diambil ketika perut kosong iaitu 2 jam sebelum makan. Ambil bersama jus oren supaya menyerapan nya lebih berkesan. 

Sekian. 



No comments: