Tuesday, November 29, 2016

RESEPI : MASAK LEMAK CILI PADI KETAM

Assalamualaikum,

Hari ni Fid nak share cara-cara Fid membuat MASAK LEMAK CILI PADI KETAM. Resepi ni mengikut citarasa Fid.

Bahan :
1. 2 batang Serai (diketuk)
2. 3 ulas bawang kecil / 1 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci Kunyit Hidup
5. 10 biji cili padi - Kalau mahu lagi pedas boleh tambah quantiti cili padi
6. 3 ekor Ketam (siap dicuci)
7. 1 Kotak Santan
8. 1 keping Asam Keping
9. Sedikit Minyak (untuk menumis)
10. Sedikit Garam

* Bahan 2+3+4+5 di blend.

Cara-cara :
1. Masukkan minyak ke dalam kuali. Setelah minyak panas tumis Serai dan bahan yang telah dikisar.




2. Setelah garing dan naik bau, masukkan ketam. Gaul rata ketam dan bahan.




3. Seterusnya masukkan Santan. Jika santan terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.



4. Bila ketam dah hampir masak, masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
5. Tutup api dan boleh terus dihidang.

Selamat Mencuba

No comments: