Kelas Jahitan 1 Malaysia, Batu Caves

Assalamualaikum Semua,

Sejak kebelakangan ini ramai yang tanya Fid kat mana Fid belajar menjahit. Buat pengetahuan semua Fid belajar jahit di Kelas Jahitan 1 Malaysia bertempat di Bangunan Umno Batu Caves.
Yuran nya sangat sangat sangat sangat murah. Cikgu nya pun amat membantu kita untuk siapkan sepasang baju.

Untuk permulaan Yuran Pendaftaran RM50 sahaja. 1 Sesi pembelajaran adalah 3 jam = RM10. Maknanya kalau korang nak belajar 1 hari direct 6 jam maka korang kena bayar RM20.

Terdapat beberapa pakej yang disediakan antara nya seperti di bawah :

Pakej 1
Baju Kurung Pesak
Baju Kurung Moden
8 pattern lengan
9 pattern kain
Jubah A-cut
Jubah Empire Cut
Jubah Princess Cut
Kurung Pahang

Pakej 2
Blous Wanita (5 pattern)
gaun Kanak-kanak (5 pattern)
kebaya (3 pattern)
Seluar Palazo
Baju Melayu
Baju Kemeja lelaki
Jubah Lelaki

Pakej 3
Uniform
Blazer
wedding dress (Personal Class Shj)

Kalau berminat sila hubungi Cikgu Fida : 016-6334151. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu ni.

Selamat Menjahit Semua....

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey : 1st Appointment Klinik Dr Hamid Arshat

Trip To Langkawi Day 1

Evening Primrose Oil