TTC journey : Jaga Pemakanan & Kesihatan

Assalamualaikum,

(sambung previous post...)

Alhamdulilah dah settle on clomid for 2nd cycle, seperti biasa menunggu sama ada period atau tak. Hari yang ditunggu2 akhirnya period datang juga. Pastu bila period datang, Fid terus call Klinik Dr Hamid untuk setkan next appointment. Nurse dari klinik Dr Hamid cakap, tunggu 2 cycle period then baru call klinik untuk set next appointment. Maknanya Fid kene stop ambik clomid untuk 2 bulan. Free from any ubat. So kena la tunggu dalam masa 2 bulan lagi.

Tak pernah rasa putus asa dalam diri, Fid terfikir apa salah nya kalo kite cuba cara lain untuk 2 bulan ni. Dah 2 cycle on clomid tapi tidak berjaya. So Fid mula research baca blog orang yang berjaya hamil tanpa ubat dan bertanyakan kepada kawan. Disamping itu terfikir nak kurus semula. Konon la last timbang kat klinik hari tu 81KG. So after 2 bulan leh la turun 4-5KG ke. Berangan sangat.

Benda pertama yang Fid research adalah "apa makanan yang boleh besarkan telur" sbb masa kat klinik hari tu doktor cakap telur Fid lambat besar. Hasil bacaan dari blog antara makanan yang boleh meransang pembesaran telur adalah :

1) makan telur separuh setiap hari
2) makan kiwi setiap hari

Tu hasil yang Fid baca la. Tak thu la kalo salah maafkan yek. Selain itu Fid juga:

1) tak minum ais
2) kurangkan makan nasi. Paling suka makan ikan salmon n brokoli
3) mkn multivitamin blackmore
4) asid folic (ambik setiap hari selama 4 bulan tanpa miss)
5) mkn fish oil blackmore
6) pastikan setiap hari berpeluh. Tak kisah sama ada lompat bintang, kemas rumah atau basuh kereta.
7) elakkan fast food (Fid dah tinggal fast food lebih kurang 2 tahun)

Perkara yang paling-paling penting adalah jangan stress. Fid seorang yang tak suka rumah bersepah/berhabuk walaupun sedikit. Bila bersepah kita akan rasa nak marah dan akan kemas gak. Bila start kemas mula rasa penat. Bila penat mula rasa marah dan stress. So apa yang Fid buat adalah biarkan rumah bersepah (bukan sampai tunggang langgang) dan sentiasa rasa happy tanpa fikirkan keadaan rumah dan sebagainya. Stress kadang2 mempengaruhi hormon seseorang itu. So mulai sekarang jgn stress k.

Alhamdulilah. Sepanjang diet tu turun la 4KG. Melompat kegembiraan sbb tak sangka boleh turun begitu banyak. So hope next month dapat turun lagi.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey : 1st Appointment Klinik Dr Hamid Arshat

Trip To Langkawi Day 1

Prosedur Perkahwinan : Borang nikah