Saturday, May 13, 2017

Rezeki tukar kerja

Assalamualaikum.

Rezeki itu bukan merujuk kepada wang saja tapi pada perkara lain. Alhamdulilah baru-baru ni Fid dapat join semula syarikat lama iaitu syarikat P yang pernah Fid kerja dulu. Pada Ogos 2015 Fid tukar ke sebuah syarikat yang berstatus BERHAD iaitu syarikat T. Gaji yang ditawarkan memang agak tinggi tapi memandangkan jarak dari tempat kerja agak jauh dan kos nya pun meningkat berkali ganda membuatkan hati ni menerima semula syarikat P yang kebetulan memerlukan pekerja baru.

Buat pengetahuan korang, Fid dah bersama dengan syarikat P selama 5 tahun. Mungkin bos2 masih mempunyai kepercayaan kepada Fid membuatkan mereka menerima Fid semula di syarikat P. Jarak dari syarikat P dari rumah adalah 5KM aje. Faktor lain yang membuatkan Fid kembali ke syarikat P adalah kerana budaya kerja yang menyenangkan. Berbanding syarikat T yang mempunyai cara kerja yang susah untuk masuk dengan diri Fid. Lagipun syarikat P masih ada kawan2 yang masih bekerja di situ. Tak de la rasa segan sangat tapi memang rasa malu bila u turn blik ke syarikat P. Hihihihi...

Notis di syarikat T adalah 3 bulan. Agak lama berbanding syarikat lain. Ketika itu hantar surat berhenti pada 27hb Desember 2016 then tarikh last di syarikat T 26 Mac 2017. Lama gak menunggu hari tersebut. Sebenarnya kerisauan di hati ni macam mana kalo termengandung ni? Syarikat P nak ambik ke bila mengandung dan syarikat T ok ke kalo aku tarik semula surat berhenti.

Ketika ambik surat offer dari syarikat P, sempat la tnye pada akak HR. If Fid pregnant, bos ok ke? ataupun automatik offer letter tu terbatal. HR cakap bos ok. Buat pengetahuan korang, 2 3 hari before ambik offer letter dah siap check UPT sbb tak nak la berlaku tak jujur pada mana2 pihak.

Dalam masa yang sama Fid tak sabar menunggu waktu period sebb nak call klinik Dri Hamid untuk next appointment. Sebenarnya excited nak sambung blik treatment.

Itu la rezeki yang tak di sangka. Tak sangka orang masih percaya tambahan pula sekarang banyak syarikat yang buang pekerja sbab ekonomi sekarang turun naik.

Sekian.

No comments: