Monday, February 27, 2012

Pilih kawan berpada-pada

Assalamualaikum...

Di kala malam ni, tiba2 mood untuk menulis blog berkobar. Actually hari ni fid nak cite pada kawan. Fid rasa setiap orang pastu mempunyai kawan sekurang2 seorang. Ada beberapa ciri2 yang perlu dititik beratkan ketika memilih kawan. Antara nya:

1) Seseorang yang baik dari segi perangai, layanan dan cara hidup. Contoh nye bukan seorang pencuri or penyangak. Selain itu bukanlah seorang yang terlalu bersosial yang selalu enjoy di club malam.

2) Seseorang yang selesa dalam pergaulan. Bukan seorang yang memberi ketidak selesaan ketika berkawan. Disamping itu die bukan la seorang yang suka menindas dan memerintah.

3) Seseorang yang pandai menyimpan rahsia. Bukan seorang rakan yang suka menjaja cerita2 kite dan menjaja cerita2 orang lain kepada kita.

4) Seseorang yang pandai respek diri ini. Respek antara satu sama lain adalah salah satu kunci persahabatan.

5) Yang paling penting, sentiasa bersama ketika senang dan susah.

Bagi aku kalo ada ciri2 di atas tidak menepati, maka aku sanggup kehilangan seorang kawan. Kalo setakat kawan untuk bersuka ria ramai. Situasi ini aku hadapi sekarang. Aku jadi panas bila ada orang lain yang suka menjaja cite aku. Xde kije len ke asyik lak menjaja cite orang. Asal duduk borak2 ada aje cite orang lain yang diceritakan. Ini dah dikategorikan sebagai MENYUMPAT. Aku tahu perempuan ini memang suka menyumpat tapi berpada2 la.

*Apa yang fid maksudkan KAWAN di sini bukan la kekasih hati. ^_^ Kalo kekasih hati, semestinya ada ciri2 yang tersendiri.

Bye...

3 comments:

Aya Ekeuchi said...

biasa la weyh..aku pun sanggup jadi kera sumbang kat opis dari bercampur dengan org yg selalu rasa dia terbaik..mengumpat jgn ckp laa, lagi banyak..aku kesian kat org yg perangai cemini, xpasal-pasal pahala d'transfer' kan..doakan la mereka berubah & yg paling penting, SABAR.

Fied said...

tahu xpe alyn. Padahal diri sendiri pun xbetul. Kadang2 aku malas nak tegur. Nnti kite story2 ek? Sekali aku tegur perangai die xde la teguran ke dua...

Aya Ekeuchi said...

ada org yg jenis boleh terima teguran & ada org bila kita dh tegur, dia blame kita semula..biarlah, nobody perfect..mungkin Allah nak tunjuk dgn siapa kita berkawan. :)