Friday, March 5, 2010

Rindu rasa nya....

Assalamualaikum....
Dah lama rasa aku menaip post baru... Dah ada masa ni aku mula la nak merepek2 menaip walopun ayat2 aku sepower pengarang novel.... jom layan tp kalo xnak layan boleh bla...


28 December 2009 - 15 Januari 2010

Mula2 aku nk cite pasal pekerjaan pertama aku selepas tamat belajar. Selepas abis praktikal aku terus kalut2 cari kije tanpa sempat nk honeymoon. Setelah berusaha akhir nya aku diterima bekerja di Tunas Manja Sdn. Bhd....
Tunas Manja ni sebuah supermarket yang telah melebarkan cawangan ke Terengganu, Pahang dan Johor. Aku kije di situ sebagai MIS. Bila dengar kerja MIS macam seronok aje tp pada hakikat nya tak best langsung. Aku ditugaskan untuk bekerja 6 hari seminggu dan hanya bercuti pada hari selasa. Tiga hari dalam seminggu aku dikehendaki bekerja dari kul 8.30 sehingga kul 8.30. Sepanjang bekerja kat situ aku rasa seronok dan byk belajar menda2 bru. Tp bila memikirkan gaji aku sedih dan malas nk bekerja lame di situ.. Gaji yang ditawarkan RM650 tp akhir bulan selepas menerima slip gaji rupa nya gaji pokok hnya RM600... Aku tak puas hati terus mengadu ke HR dan pada Miss Chia (Boss aku). Mula2 mintak kije aku ingt company offer gaji 1K dan ke atas. Mse 2 aku dah tekad untuk berhenti kije. Miss Chia setiap hari memujuk aku tuk tidak berhenti. Aku sendiri tidak faham kenapa iklan jawatan kosong berkehendak kelulusan ijazah dan diploma tp gaji seperti budak SPM. Sape xbengang wit minyak, sewa umah , makan, pakai dll... Selepas 2 minggu anta surat notis aku terus senyap. Sepanjang hari hp aku berdering panggilan dari ofis Tunas Manja. Sakit hati giler mase 2.... So pas berhenti aku duk umah lepak2.... Kalo aku bertahan di Tunas Manja mungkin aku dah jadi Junior Executive(jawatan macam best aje) tp gaji macam tukang sapu... (entah2 tukang sapu pun gaji 1k n above).



17 febuari 2010 - 31 march 2010

Selepas bersenang lenang duk umah, aku dapat panggilan daripada KLMU untuk menghadiri kursus Pengaturcaraan Java under MDEC. Kami dijanjikan diberi elaun sebanyak RM300. Pengangkutan dan asrama disediakan. Pada hari pendaftaran aku saje dtg lewat sebab nk jalan2 kat sogo sambil shoping dgn kak long(sepupu aku). Encik firdaus selaku penyelia kursus ni pagi2 dah telefon tnya sama ada aku jadi datang or tak. Aku ckp la nak tunggu check out dari hotel bru p daftar tp sebenarnya aku sibuk duk pilih bju kat Sogo... hahaha maaf ek encik firdaus saya hanya menipu sunat. Selepas daftar aku ingt terus dihantar ke hostel upenya aku kena masuk kelas dgn bawa beg2 pakaian yang besar dan berat. Malas la aku byk nek p kelas. Dgn selamber aku p cal encik firdaus n mintak letak di tempat2 len selain bw masuk ke kelas. Akhir nya aku boleh letak beg2 aku kat pejabat. hahahaha.... Tuk ke hostel aku ingt diorg akan hantar guna kereta or van tp sebaliknya aku kene angkat brg2 nek bas. Hampeh tul... Tunggu punya tunggu, aku ingtkan bas nya cantik dan berair-cond tp sebalik nya. Sedih nya la, macam menyesal lak... masa nak nek bas 2 ujan lak trun dgn lebat. Abis baju aku basah sebab dalam bas banjir. :-)... wawawawawa.... rase macam nak nangis aje. Byk tul dugaan yang nk ditempoh dan semoga segala menda ni dibalas dgn mendapat pekerjaan yang baik. Amin...

Hostel nya cantik, aku ditempatkan di Platinum Villa 6... Tempat nya selesa sangat tp beberapa hari ni ada perkara yang sedih berlaku. Umah yang aku diduduki telah dipotong perkhidmatan airnya sebab x bayar bil air. Aku n member len mengadu pada penyelia dan kami terpaksa berpindah ke rumah lain di tingkat 11. Masalah sama menimpa aku. Upe nya umah baru ni pun xde air. Tp mereka telah settle kan sume nya dan hari ni aku boleh mndi dgn selesa... Yahoooooooooooooooo....

Sekian..

p/s: Sebenarnya post ni dah lame ditaip tp aku lambat post coz xde masa....

No comments: