Tuesday, March 23, 2010

Minggu yang sibuk...

Semalam aku dapat SMS ada MOE yang menyatakan aku kene menghadiri ujian MTEST2 untuk program KPLI. Ini adalah la panggilan ke2 untuk MTEST. Gembira dan sedih pun ada ketika itu. Gembira kerana masih ada peluang lagi untuk aku menyertai program itu yang akan membawa kepada kerjaya sebagai seorang guru. sedih sebab aku adalah peserta untuk penapisan kedua. Tp aku bersyukur kerana aku berpeluang. Itu yang paling penting. Test tersebut dijadualkan pada 27hb ni. Masih sempat untuk aku mengulang kaji pelajaran. Sebenarnya guru bukan lah senarai kerjaya yang aku impikan tetapi kerana minat sangat kepada matematik aku mencuba nasib untuk menjadi seorang guru matematik. Sejak dari sekolah lagi aku memang suka giler subject matematik. Mungkin minat itu timbul kerana penekanan subjek tersebut oleh abah. Bahasa inggeris ditekankan gak tp aku ni xminat nk belajar. Tiap malam sokmo ada kelas BI tp entah nape aku anti dgn bahasa penjajah tu...

Masa sekolah dulu aku selalu mengajar kawan2 matematik tp aku sendiri xpandai nak terangkan pada mereka. Tu pasal kawan2 aku selalu marah aku dieorg ckp aku kedekut ilmu. Mula2 terang2 sikit pada kawan2 last nya aku ckp "ko ambik aje la kertas aku ni tiru".. hahahaha... Ingt lagi, sebelum PMR aku berpeluang berpeluang menyertai kem skor A, Seronok sangt ketika dipilih. Kem tersebut melibatkan seluruh sekolah menengah di daerah Pekan. Kem 2 diadakan di SMK Seri Pekan. Pas diploma aku mintak Sarjana Muda Sains Komputer dan Matematik di UTM tp xdapat. Mungkin sebab aku meletakkan utem sebagai pilihan pertama dan kedua. Hihihihihi...

Selain mengambil test tu, aku juga ada test untuk JAVA pada hari jumaat seterusnya menyiapkan projek JSP dan memerlukan aku untuk present pada phak mdec pada 31hb ni.. Selain itu aku dikehendaki balik ke kg interview untuk mendapatkan sebidang tanah kira2 3 hekter seorang. Time ni la aku cari peluang untuk mengumpul harta... hiihhihihi.... Xtahu la ape soalan yang akan ditanya semasa interview tu nnti..

Untuk menempuhi semua ni aku memerlukan sokongan orang yang berada disekeliling aku.. Semoga sume ini berjalan dgn lancar. Amin...

No comments: