Monday, April 9, 2012

Kacang Goreng


Taraaa... Hari ni fid nak bgtau recepi untuk masakan Kacang Goreng. Yummy.... Even dalam mood diet fid balon gak makanan yang bertumis. Tak boleh tahan la sebab mulut ni tetap nak makan spicy. Sekali sekala tak pe kot... hihhihihi...

Bahan-bahan:
- Cili giling
- Bawang besar (diblender)
- kacang panjang
- lobak
- Cili besar (dihiris nipis)
- Bawang besar (dihiris nipis)
- Sebiji Telur
- minyak
- Garam

Cara-cara nya:

1. Panaskan minyak. Setelah minyak agak2 panas masukkan cili giling dan bawang besar yang telah dikisar. Bila cili dan bawang dah garing, pecahkan telur dan kacau sehingga telur tersebut garing.
2. Seterusnya masukkan kacang dan lobak. Bila sayur yamg dimasukkan dan separuh masak, masukkan bawang besar dan cili yang dihiriskan nipis.
3. Seterusnya masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah masak hidangkan dan terus makan.

Selamat Menjamu Selera. :D

Tuesday, April 3, 2012

Menu : Sayur Campur


Bahan- bahan:
- Campuran sayur seperti kacang panjang + tomato + Kubis Cina + Lobak
- Ayam dipotong kecil2
- Bawang dihiris nipis
- Cili dihilis nipis
- sedikit garam
- sedikit minyak

Cara - cara:
1. Masukkan minyak sedikit dan bila minyak dah panas tumit bawang yang telah dihiris nipis.
2. Selepas itu masukkan ayam. Sebelum memasukkan sayur sila pastikan ayam yang dimasukkan masak dengan sepenuhnya. Semasa masak ayam tersebut sila masukkan sedikit garam iaitu kira-kira separuh dari yang sepatutnya.
2. Masukkan kan sayur. Sila masukkan sayur yang perlu mengambil masa yang lama untuk masak terlebih dahulu. Seterusnya baru masukkan sayur yang mudah layu.
3. Seterusnya rasa dan tambah sedikit garam lagi dan secukup rasa.
4. Rasa dan hidangkan.

*Garam dimasukkan diperingkat awal ketika masak ayam kerana bila dimasukkan diperingkat akhir ayam tersebut akan terasa tawar dan masakan jadi kurang sedap. O_o... Selamat mencuba...

Monday, April 2, 2012

5 - 4 Sebelum majlis

1. HIV Test
2. Ambik borang Nikah [DONE]
3. Jumpa Tok kadi Booking Tarikh dan waktu
4. Kursus Kahwin [DONE]
5. Permohonan untuk Nikah
6. Tempat,tarikh dan waktu bernikah [DONE]
7. Beli kain nikah + termpah [DONE]
8 . kain2 untuk family [ HALF DONE]
9. Theme color for Nikah [DONE]
10. Mengaturkan budget untuk makanan(Solemnisation) [DONE]
11. Mengaturkan budget untuk makanan (Reception) [DONE]
12. Pilih and confirm dengan bridal boutique [DONE deposit: RM700]
13. Pilih Lokasi untuk majlis sanding
[DONE]
14. List tetamu

15. Tema majlis persandingan
[DONE]
16. Warna Tema Pengantin [DONE]
17. WarnaTema Keluarga [DONE]
18. Kompang & gendang
19. kad jemputan
20. doorgift (solemnization)
[DONE]
21. paper bag [DONE]
22. Doorgift for guests (reception) [DONE]
23. bekas hantaran(bride) [DONE]
24. bekas hantaran(groom)
25. Gelang (for her)
26. Bunga pahar
27. Inai
28. handbouquet
[DONE]
29. Guestbook
30. bedsheet [DONE]
31.Idea of Guestbook Corner
32. Idea of Bedroom

#For Him
1.Sireh Junjung
2.Perfume
[DONE]
3.Wallet + Belt

4.Jam
5.Tafsir Al Quran / buku + Sejadah [DONE]
6 Buah
7. Coklat

#For Her
1.Mas Kahwin+ Wang hantaran+ Gelang

2
Sireh Junjung
3. Baju batik sutera
4. ??

5. ??


Sunday, April 1, 2012

Menu : Sup Sayur



Bahan- bahan:
- Kubis Cina (dipotong)
- Lobak (dipotong)
- Tomato (dibelah 4)
- Fish cake (dipotong mengikut citarasa masing2)
- Bawang merah + bawang putih (ditumbuk or diblender)
- sedikit garam
- Lada besar (dipotong nipis)
- sedikit minyak
- Dua gelas air

Cara-cara:
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Pasti kan minyak nya tidak terlalu banyak bagi menjamin kesihatan anda... :D
2. Setelah bawang tersebut dah nek bau masukkan air perlahan-lahan. Jika anda ingin menggunakan kan ayam, pasti kan ayam tersebut dimasukkan sebelum masukkan sayur kerana ayam memerlukan masa yang lama untuk masak.
3. Seterusnya masukkan lobak dan kubis. Selepas itu masukkan tomato, fish cake dan lada besar.
4. Masukkan garam
5. Setelah mendidih pastikan selepas 2minit anda tutup airnya kerana sayur tidak elok jika dimasak terlalu lama.

Selamat Memcuba...



Sunday, March 25, 2012

I'm touched!!!

Assalamualaikum.

Alangkah indahnya ucapan dan ungkapan ini dilafazkan oleh orang yang tersayang. Ucapan "Sudikah awk mnjadi yg halal buat sy?". Tentu nya ia amat terharu dan ianya adalah ayat yang paling ditunggu oleh seorang wanita. Adakah dia ikhlas dan dia yang terbaik untuk diri ini? Segalanya terpulang kepada diri kite sendiri untuk berserah dan memohon petunjuk kepada Allah. InsyaAllah ada pertunjuk nya. Amin...

Tuesday, March 20, 2012

Kembong atau kembung?????


Assalamualaikum.


Kembong atau kembung apa kah beza nya? dari segi perkataan or maksud nya? Dua tiga hari ni, fid dah start diet iaitu bukan berhenti makan pape tp mengurangkan quantiti setiap makanan yang diambik. Tapi terdapat masalah yang besar fid hadapi iaitu perut fid jadi kembung. Tak selesa nak wat kije. Kawan2 ada tak petua untuk mengelakkan masalah kembung ni. Tension sangt sebb kembung ni membuatkan sakit perut sangt2. Kat ofis fid terpaksa sapu minyak di perut dan sendawa sikit2. Rasa macam nak blik umah tido.

Adakah mungkin badan fid banyak angin? sebb sebulan lepas fid pernah p wat urutan tradisional kat SPA area my ofis. Tukang urut tu ckp badan fid banyak angin. Hari itu ada gak google apakah rawatan dan pemakanan yang sesuai untuk membuang dan mengelakkan kemasukkan angin dalam badan. Sekarang masih membuat research... cewah.. macam nak jadi pakar angin lak. Hopefully 2 or 3 week after this perut fid x angin lagi. Amin...

Yang penting sekarang fid kene alert menjaga pemakanan untuk diet. Gudluck for me... ^_^


Tgk dah kene pakai spek, kene pertingkatan pengambilan lobak untuk mengelakkan rabun... O_o


Thursday, March 15, 2012

Happy Anniversary Emak dan Abah

Happy Anniversary ke 29 to my parent. Tak sangka susah 29 tahun mak abah melayari bahtera rumahtangga. Sebenarnya bukan hari ni tarikh nya tp pada 13 march. Semestinya terlalu banyak suka dan duka ditempuhi bersama. Apa yang aku tengok gurau senda dan hormati menghormati menjadi resepi kebahagiaan mereka berdua. Angah harap mak dan abah berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.