Assalamualaikum,
(sambung previous post...)
Alhamdulilah dah settle on clomid for 2nd cycle, seperti biasa menunggu sama ada period atau tak. Hari yang ditunggu2 akhirnya period datang juga. Pastu bila period datang, Fid terus call Klinik Dr Hamid untuk setkan next appointment. Nurse dari klinik Dr Hamid cakap, tunggu 2 cycle period then baru call klinik untuk set next appointment. Maknanya Fid kene stop ambik clomid untuk 2 bulan. Free from any ubat. So kena la tunggu dalam masa 2 bulan lagi.
Tak pernah rasa putus asa dalam diri, Fid terfikir apa salah nya kalo kite cuba cara lain untuk 2 bulan ni. Dah 2 cycle on clomid tapi tidak berjaya. So Fid mula research baca blog orang yang berjaya hamil tanpa ubat dan bertanyakan kepada kawan. Disamping itu terfikir nak kurus semula. Konon la last timbang kat klinik hari tu 81KG. So after 2 bulan leh la turun 4-5KG ke. Berangan sangat.
Benda pertama yang Fid research adalah "apa makanan yang boleh besarkan telur" sbb masa kat klinik hari tu doktor cakap telur Fid lambat besar. Hasil bacaan dari blog antara makanan yang boleh meransang pembesaran telur adalah :
1) makan telur separuh setiap hari
2) makan kiwi setiap hari
Tu hasil yang Fid baca la. Tak thu la kalo salah maafkan yek. Selain itu Fid juga:
1) tak minum ais
2) kurangkan makan nasi. Paling suka makan ikan salmon n brokoli
3) mkn multivitamin blackmore
4) asid folic (ambik setiap hari selama 4 bulan tanpa miss)
5) mkn fish oil blackmore
6) pastikan setiap hari berpeluh. Tak kisah sama ada lompat bintang, kemas rumah atau basuh kereta.
7) elakkan fast food (Fid dah tinggal fast food lebih kurang 2 tahun)
Perkara yang paling-paling penting adalah jangan stress. Fid seorang yang tak suka rumah bersepah/berhabuk walaupun sedikit. Bila bersepah kita akan rasa nak marah dan akan kemas gak. Bila start kemas mula rasa penat. Bila penat mula rasa marah dan stress. So apa yang Fid buat adalah biarkan rumah bersepah (bukan sampai tunggang langgang) dan sentiasa rasa happy tanpa fikirkan keadaan rumah dan sebagainya. Stress kadang2 mempengaruhi hormon seseorang itu. So mulai sekarang jgn stress k.
Alhamdulilah. Sepanjang diet tu turun la 4KG. Melompat kegembiraan sbb tak sangka boleh turun begitu banyak. So hope next month dapat turun lagi.
Sekian.
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts
Thursday, May 11, 2017
Sunday, April 1, 2012
Menu : Sup Sayur

Bahan- bahan:
- Kubis Cina (dipotong)
- Lobak (dipotong)
- Tomato (dibelah 4)
- Fish cake (dipotong mengikut citarasa masing2)
- Bawang merah + bawang putih (ditumbuk or diblender)
- sedikit garam
- Lada besar (dipotong nipis)
- sedikit minyak
- Dua gelas air
Cara-cara:
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Pasti kan minyak nya tidak terlalu banyak bagi menjamin kesihatan anda... :D
2. Setelah bawang tersebut dah nek bau masukkan air perlahan-lahan. Jika anda ingin menggunakan kan ayam, pasti kan ayam tersebut dimasukkan sebelum masukkan sayur kerana ayam memerlukan masa yang lama untuk masak.
3. Seterusnya masukkan lobak dan kubis. Selepas itu masukkan tomato, fish cake dan lada besar.
4. Masukkan garam
5. Setelah mendidih pastikan selepas 2minit anda tutup airnya kerana sayur tidak elok jika dimasak terlalu lama.
Selamat Memcuba...
Sunday, December 4, 2011
Diet
Melalui hari ni fid dah kene start diet. Encik tunang dah pesan supaya jaga makan dan jaga kesihatan (ayat tersurat) jaga badan (ayat tersirat). Sebenarnya badan fied dah naik giler. Dulu berat badan 55kg - 57kg aje tp sekarang dah nak mencecah 65kg... waaaaaaa berat dah naik hampir 10kg. Ish macam mn nak kurus ni terutama nak slim di hari bersejarah nnti.
Untuk masa seminggu ni, fid nak try pemakanan seperti di bawah :
Sarapan pagi : Oat semangkuk + susu low fat
Tengahari : buah-buahan
Malam : Buah-buahan + salad
kalo boleh buat masa sekarang, fid xnak telan nasi lagi. Bila dah turun berat badan nnti baru la fid akan maintain dan makan nasi dalam quantiti yang sedikit. Selain itu, fid kene memperbanyakkan minum air putih dan kurangkan penggunaan gula dalam pengambilan makanan.
Semalam dah plan dgn Encik Tunang sabtu dan ahad minggu ni nak p joging. Almaklum la 1st time nak pkai kasut baru. Hari sabtu bru ni fid dah beli kasut baru. Kasut lama tu dah keras sebb dah lama beli tp jrang pakai. hahahaha....
K la nnti sambung lagi sebb mau siapkan kije, malam ni ada downtime untuk projek TARGET.. Bye..
Sekian Terima Kasih
Untuk masa seminggu ni, fid nak try pemakanan seperti di bawah :
Sarapan pagi : Oat semangkuk + susu low fat
Tengahari : buah-buahan
Malam : Buah-buahan + salad
kalo boleh buat masa sekarang, fid xnak telan nasi lagi. Bila dah turun berat badan nnti baru la fid akan maintain dan makan nasi dalam quantiti yang sedikit. Selain itu, fid kene memperbanyakkan minum air putih dan kurangkan penggunaan gula dalam pengambilan makanan.
Semalam dah plan dgn Encik Tunang sabtu dan ahad minggu ni nak p joging. Almaklum la 1st time nak pkai kasut baru. Hari sabtu bru ni fid dah beli kasut baru. Kasut lama tu dah keras sebb dah lama beli tp jrang pakai. hahahaha....
K la nnti sambung lagi sebb mau siapkan kije, malam ni ada downtime untuk projek TARGET.. Bye..
Sekian Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)