Showing posts with label Menu. Show all posts
Showing posts with label Menu. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Resepi : Tauhu Bunga

Assalamualaikum...

Fuhhhhh... Dah berabut blog ni tanpa post yang baru. Sorry sebab blog ni terabai, bz sangat dengan rutin harian.

Hari ni Fid nak kongsikan resepi 'Tauhu Bunga'. Dibawah ni resepi untuk rakan-rakan mencuba.

Bahan-bahan

10 biji Tauhu Kering (Boleh didapati di Supermarket)
1 pekat ayam cincang (500g)
3  tangkai Kacang Panjang
1 biji barang besar
1 batang lobak
sedikit tepung jagung
sedikit garam
minyak

Cara-caranya

1. Tauhu kering tersebut digunting bentuk X pada 1 site sahaja. Dan seterusnya terbalikkan tauhu tersebut dan keluarkan isi dari dalam tauhu. Rujuk gambar di bawah..



Pastikan bentuk nya seperti ini

2. Potongkan Kacang Panjang, Bawang Besar dan lobak kecil-kecil.
3. Seterusnya gaulkan ayam cincang bersama bahan yang telah tadi. Pastikan ayam cincang tersebut lembut selepas dikeluarkan dari peti ais.



4. Gaulkan bahan tadi dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam.




5. Selepas gaul semua, sumbatkan bahan tersebut kedalam tauhu tadi. 



6. Selepas selesai pasnaskan minyak dan goreng.

Tips untuk menggoreng : pastikan api kecil dan masukkan tauhu ini secara terbalik ke dalam minyak.

Selamat Mencuba...

Friday, September 6, 2013

Apam Balik sedap

Assalamualaikum...

Makin hari makin banyak resepi dan makanan di post dalam blog ini. Hahaha... Setiap hari jumaat di Damansara Damai ada pasar malam. Selalu nya Fid dan husband akan mengunjungi selepas balik kije. Biasa la bila hujung2 minggu ni malas nak masak.

Setiap kali p ke pasar malam ni, kiteorang akan beli Apam Balik yang sedap. Serius sedap, jagung dalam apam balik banyak dan memang menepati citarasa kami. Harganya murah RM2.50 sekeping. Berbaloi-baloi.

Kepada yang teringin nak rasa, korang boleh cari kat Pasar Malam dalam kawasan perumahan bersebelahan dengan Mcd Damansara Damai setiap hari Jumaat.


Yummy...


Sunday, April 1, 2012

Menu : Sup Sayur



Bahan- bahan:
- Kubis Cina (dipotong)
- Lobak (dipotong)
- Tomato (dibelah 4)
- Fish cake (dipotong mengikut citarasa masing2)
- Bawang merah + bawang putih (ditumbuk or diblender)
- sedikit garam
- Lada besar (dipotong nipis)
- sedikit minyak
- Dua gelas air

Cara-cara:
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Pasti kan minyak nya tidak terlalu banyak bagi menjamin kesihatan anda... :D
2. Setelah bawang tersebut dah nek bau masukkan air perlahan-lahan. Jika anda ingin menggunakan kan ayam, pasti kan ayam tersebut dimasukkan sebelum masukkan sayur kerana ayam memerlukan masa yang lama untuk masak.
3. Seterusnya masukkan lobak dan kubis. Selepas itu masukkan tomato, fish cake dan lada besar.
4. Masukkan garam
5. Setelah mendidih pastikan selepas 2minit anda tutup airnya kerana sayur tidak elok jika dimasak terlalu lama.

Selamat Memcuba...