Wednesday, January 17, 2018

Pregnancy : Detail Scan di Klinik Fauziah Ampang

Assalamualaikum...

Hari ni Fid nak share pengalaman pergi buat detail scan untuk kandungan Fid. Sebenarnya doktor yang advice kan Fid untuk membuat detail scan kerana kita boleh pastikan anak yang dikandung betul-betul sihat atau tidak. Detail scan boleh mengesan kecacatan awal pada bayi yang bakal dilahirkan.

sumber: google

Apa itu detail scan? 

Detailed scan dilakukan ketika usia kandungan 20-24 minggu bertujuan memastikan bayi di dalam kandungan membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran.

Ketidaknormalan yang boleh dikesan termasuklah :

1. Anencephaly (tiada otak)
2. Exomphalos/qastroscisis - masalah perut
3. Spina Bifida - maslaah saraf tunjang
4. Diaphraqmatic hernia
5. Hydrocephalus - Air berlebihan dalam otak
6. Masalah buah pinggang

Pada pendapat Fid, detail scan ni digalakkan dilakukan orang ibu mengandung. Sebab bila anak dikesan mengalami apa2 masalah, kita boleh merujuk pada doktor. Selain itu mental kita telah bersiap sedia sebelum bayi dilahirkan. Daripada korang spend duit untuk scan 4D/3D better spend tuk detail scan. Selalu nya pasangan lebih excited untuk melihat muka bayi ketika scan 4D/3D. Tapi juga korang memang ada extra duit apa salah nya buat kedua-dua nya.

Ketika buat detail scan doktor memang terangkan satu persatu organ pada bayi. Jantung, saluran jantung, buah pinggang, bilangan jari kaki dan tangan dan macam2. Kagum seawal 20minggu kita dah boleh tengok menda2 itu.

masa scan nampak kaki Ali.


Untuk set appointment detail scan, korang boleh buka website http://3d-4d-scan-malaysia.com/ then klik "Online Booking". 


Then pilih lokasi yang berhampiran dengan korang. Senarai lokasi seperti di bawah : 


Antara pakej yang ditawarkan seperti di bawah : 


Selepas pilih lokasi nnti korang akan nampak schedule seperti di bawah. Pilih la tarikh dan masa yang masih available. 


Senang aje. Nanti bila dah set appointment, korang akan dapat email. Kalo area ampang memang scan kat Klinik Fauziah. Kat klinik tu Sonographer pandai berkomunikasi dengan baby dlm perut. Masa scan Ali memberi kerjasama yang baik tapi suka sangat mengeliat. Bila dah keluar pun memang suka mengeliat. Hahahah... Korang pape leh refer website di atas.

Sekian.

No comments: