Sunday, February 24, 2013

Berkelah di Janda Baik

Pada cuti sempena Hari Wilayah lepas, Fid, suami dan Jan berkesempatan dan pelan untuk pergi berkelah ke Sg Congkak or Janda Baik. Sehari sebelum tu Fid dan Jan mula memikirkan menu2 yang menarik untuk di bawa ketika picnic nanti. Antara menu yang ingin dibawa adalah perapan ayam, nasi putih, sayur campur, roti dan ikan. Masing-masing excited untuk pergi berkelah esok. 

Semalaman kami masih memikirkan sama ada mahu berkelah ke Sg Congkak or Janda Baik. Yang kelakar nya Jan asyik menukar lokasi setiap 5 minit. Hahahaha... Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Janda Baik memandangkan Fid dan suami tidak pernah ke sana.

Sampai di Janda Baik kami menyewa pondok kepunyaan Pak Lah. Kepada yang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang Teratak Pak Lah boleh klik link Teratak Pak Lah . Sewa yang dikenakan hanya RM30. Dalam pondok terdapat katil, tilam dan tikar. Semestinya amat selesa jika ada yang berminat untuk bermalam di situ. Kemudahan lain adalah tandas, tempat memanggang, sinki dan parking. 


Sungai yang berhadapan dengan pondok


Pondok yang kami sewa

Bangku yang menarik

Sempat lagi


Kanak-kanak riang dibelakang

Kami gerak balik pukul 4petang selepas puas bermandi dan makan... Alhamdulilah makanan semua habis dan yang penting kami dapat merasai kepuasan dan keselesaan berpicnic. Next time nak ajak parent picnic dan bermalam di cni. Insha Allah.. 

Sekian.

2 comments:

alinaleen said...

weyh macam best gile. cuti sekolah biasanya ramai org x??

Fied said...

cuti sekolah selalu nya ramai. Kene book la..