Friday, January 25, 2013

Kerana sesuap nasi

Assalamualaikum...

Sejak berkahwin kami menetap di Saujana Apartment. Sejujurnya Fid amat selesa tinggal di situ. Suasana di kawasan tersebut bersih dan rumah nya besar. Tapi yang tak bestnya untuk keluar rumah menuju ke parking dan dari parking ke tempat kerja amat memenatkan dan amat menguji kesabaran.

Dibawah ni adalah gambar kawasan rumah Fid. Then line merah tu adalah laluan berjalan kaki Fid setiap hari untuk ke parking. Memandangkan kami hanya layak memiliki satu sahaja parking untuk menghuni. Parking penghuni berada betul2 berhadapan blok apartment dan kereta kedua kene diletakkan di Parking Zon Bebas. Sepanjang berjalan kaki, Fid perlu menaiki 100++ anak tangga untuk sampai ke parking. Kalo mendaki dan menuruni tangga, mesti teringat pesanan doktor yang menasihatkan supaya berhati2 dan perlahan2 menaiki tangga terutama ketika hamil. Lebih kurang 10minit kalo berjalan dari umah ke parking.


Dibawah ni pula perjalanan yang perlu dilalui untuk ke ofis. Kadang2 bila keluar dari umah pukul 8pagi, belum tentu boleh tiba ofis pukul 9pagi. Terdapat beberapa jammed yang perlu ditempuh untuk sampai ofis. Kadang2 sampai merengek dengan hubby untuk hantar ke ofis. Tak sanggup rasanya nak meredah jammed tiap hari. Rasa nya masa duduk Sri Rampai tak perlu nak menempuh jammed seteruk ni setiap hari. 


Ni jammed nak keluar dari kawasan Damansara Damai. Kadang2 menapak di sini hampir setengah jam. Bila ckp dengan hubby, dia tak percaya seminggu spend RM50 hanya untuk minyak kereta dan belum termasuk tol. Kadang2 menyalahkan cara pemanduan Fid memandu kereta. Ermmmm...... 


Bila cerita pasal balik kije, jammed paling teruk yang perlu ditempuh adalah sebelum tol Duta dan selepas Tol Sg Buloh. Kedua-dua tempat ni sememangnya amat2 la jammed. Kadang2 terniat di hati nak mengajak hubby pindah di area wangsa maju or segambut untuk menggurangkan mengadap jammed. =(

Tapi kerana sesuap nasi Fid rela menghadapi nya. Dah inshaAllah niat baik ini dipermudahkan oleh Nya. Amin.


No comments: