Friday, January 25, 2013

Cerita Gembira dan Sedih

Assalamualaikum,

Hari ni tepat 4bulan ikatan perkahwinan yang telah Fid bina bersama dengan suami tercinta. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Terlalu indah perjalanan hidup selepas kahwin bersama orang tersayang. Setiap layan yang diberikan amat menyenangkan. Bertuah rasa nya mendapat seorang suami yang begitu memahami dan menyayangi diri ini.

Alhamdulilah dengan izin Allah SWT, Fid telah melakukan Urine Pregnancy Test (UPT) di rumah dan Fid dapati 'I'm Pregnant'. Perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata dengan anugerah yang diberikan kepada kami berdua. Rasa nya usia kandungan ini begitu baru lagi dan memerlukan penjagaan yang sempurna Insha Allah. Tapi buat masa ini




Baru-baru ni, Si Suami demam dengan tiba-tiba selepas blik dari kampung. Risau melihat keadaan suhu badan yang meningkat dan pening kepala. Selepas makan ubat dan berselimut, badannya tidak berpeluh tp alhamdulilah bila malam bru la suhu badan menurun dan peluh mulai keluar. Selepas beberapa hari Si Suami kebah dan pulih, Fid lak yang demam. Demam tak de la teruk tapi demam kejap. Suhu badan kadang-kadang meningkat. Mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang menggalakkan penyebaran penyakit dan demam.

Lebih kurang 3 minggu suhu badan meningkat dan tekak pahit. Setiap pagi asyik nak muntah tapi tahan aje sebab dalam masa 3 minggu tu Fid cuba habiskan puasa yang berbaki dan kalo boleh mahu settle kan nya secepat mungkin. Masa tu tak fikir pape perkara ganjil akan berlaku. Ketika di ofis ada seorang rakan tegur 'Fid ko dah ada isi ke?' aku dengan yakin nya jawab 'Rasa nya tak de la sebab bru ni UPT -ve'. Dan apabila pulang ke rumah dan membuat UPT the result is +ve. Alhamdulilah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Tapi kegembiraan itu hanya seketika, Fid keguguran. Perasaan sedih sememang nya amat sangat. Tapi nak tak nak terpaksa dilalui dengan penuh tabah dan dengan harapan akan pregnant lagi pada masa akan datang. Ceritanya bermula 25hb December lepas, Fid selesema dan kerana tak tahan p klinik. Sampai klinik inform doktor bahawa telah wat UPT dan result +ve then die suggest wat scan. Bila scan doktor cakap baby tak nampak lagi tapi rahim dah mengembang dan menebal. Seminggu kemudian akan ada appointment untuk scan sekali lagi. Doktor beri ubat selesema dan beberapa vitamin.

Selepas jumpe doktor, Fid plan ingin p rumah member kat Klang untuk hantar hadiah Nadia sebab tak dapat menghadiri majlis perkahwinan nya. Dari Klang terus kami p ke Setia City Mall. Masa sampai di mall tu, perut Fid rasa lain macam. Masa p toilet Fid nampak sedikit darah kat atas tisu. Masa tu hanya fikir positif aje dan mengharapkan terbaik.

Mungkin itu takdir yang ditetapkan dan yang terbaik, esok nya Fid bleeding dan banyak darah yang kuar. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan Fid. Keluar dari bilik air Fid dah menangis tak terhenti-henti dan bersiap2 untuk ke klinik dan dari klinik terus refer ke Hospital Sg Buloh. Di hospital doktor membuat pemeriksaan dan ambik darah. Menurut doktor kemungkinan janin dah  keluar sebab rahim dah bersih. Selepas selesai semua, Fid dan suami pulang ke rumah dan mulakan process berpantang. Setiap kali melihat darah yang keluar, automatik air mata turut keluar.

Fid berpantang 2minggu. Bangun pagi terus mandi dgn air suam. Selepas pakai baju dan bersiap, sarapan pagi dan selepas setengah jam Fid akan mula bertungku. Menurut orang tua2, berpantang untuk orang keguguran lebih ketat berbanding berpantang untuk org bersalin..

Alhamdulilah selepas sebulan berlaku kesihatan Fid semakin baik dan merancang mahu pregnant lagi. Insha Allah. ... =)

2 comments:

nurnadia said...

Salam fid...

Sedih nadia baca entry fid ni.. kalau x hantar hadiah tu mungkin rezki masih ada.. :( maafkan nadia tahu lambat.. cane kesihatan fid?

Fied said...

Wassalam. Sory bru buka blog.. hihhihi.. Alhamdulilah dah sihat sekarang. Ish bukan sebab hantar hadiah ko hari tu tapi dah memang takdir bukan rezeki kami lagi. Ko ape cite? Dah ada khabar gembira ke? :D