Sunday, February 24, 2013

Honeymoon Part 1

Assalamualaikum..

Selepas 5 bulan berkahwin baru Fid dan suami dapat meluangkan masa pergi honeymoon. Yeahh syok nya dapat rehatkan minda dan meluangkan masa bersama. Destinasi cinta kami adalah Cameron Highland. Kami bertolak dari Damansara Damai kira-kira pukul 9pagi kerana kami tak nak menempuh jammed memandangkan ketika itu kaum cina mula berpusu2 pulang ke kampung sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Kira-kira pukul 12.30 kami tiba di Brinchang. Kami melalui jalan Simpang Pulai kerana menurut rakan2 jika melalui jalan Tapah, keadaan jalan nya tidak elok. 

Percaya atau tidak penginapan ini Fid telah beli di Groupon dengan harga yang murah. Sepatutnye harga untuk 3hari 2malam adalah RM888++ tapi dengan Groupon Fid beli dengan harga RM328 termasuk breakfast 2hari dan dinner steamboat 1hari. Serius amat2 berbaloi. 

Kira-kira pukul 3.30petang kami telah check in di Heritage Hotel Tanah Rata. Memandangkan hotel kami terletak di Tanah Rata, terdapat banyak memudahkan termasuklah pelbagai bank dan pelbagai restaurant.  Walaupun hotel ni jauh dari Brinchang tetapi ia amat selesa dan tenang. Layanan dari staff2 juga amat memuaskan. Setiap compliant yang dibuat untuk bilik kami mendapat perhatian yang cepat dari pihak maintenance. 


Yang paling syok nya pandangan dari balkoni sangat2 cantik. Bilik kami berhadapan dengan taman hotel. 

Pandangan dari Balkoni Bilik Kami


Suasana hotel ketika waktu malam




Lobi Hotel

Ini adalah benda pertama yang Fid beli di Cameron Highland. Ia adalah BUNGA. Rambang mata bila tengok pelbagai jenis dan warna. Cantik sangat. Rasa macam nak borong semua bawa blik KL. 



Seperti yang kita tahu Cameron popular dengan bunga, teh, strawberry, jagung dan sayur-sayuran segar. Next post Fid akan cerita tempat2 yang menarik yang dilawati sepanjang berada di sana

Sekian.

No comments: