Thursday, May 10, 2012

Prosedur Perkahwinan : Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum

Setiap pasangan yang ingin berkahwin ujian saringan HIV adalah menjadi sesuatu yang wajib di jalani. Setiap borang Permohonan untuk berkahwin yang telah disediakan oleh pihak majlis agama islam disertakan juga borang untuk ujian HIV. Kepentingan ujian saringan HIV ini adalah untuk memelihara kehidupan berkeluarga dan zuriat. Selalu nya pasangan yang ingin berkahwin akan melakukan ujian HIV dalam masa 3 bulan sebelum di ijab Qabul. Dibawah adalah borang Ujian Saringan HIV yang akan digunakan semasa ujian HIV nnti. 


 Borang yang disediakan bersama dengan Borang Pemohonan Untuk Berkahwin.


Baru-baru ni Fid dah buat appointment untuk ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Gombak Setia pada 11June 2012. Pada mula nya, Fid mahu membuat appointment pada 8June2012 tapi menurut nurse di situ ujian HIV tidak dilakukan pada hari jumaat. So terpaksa la ambil pada hari isnin sebab boleh menikmati cuti yang panjang dihujung minggu. Hopefully segalanya berjalan lancar. Nervous nya sebab aku ni sebenarnya takut dengan jarum. 


Bagi sesiapa yang ingin membuat ujian HIV di Klinik Kesihatan Gombak Setia, anda boleh menghubungi ke nombor telefon 03-61860248 untuk membuat appointment atau direct pergi ke klinik tersebut.


Nnti Fid akan postkan berkenaan ujian HIV tu. Hihihihhi berdebar lak.

Sekian.

1 comment:

kelvin said...

Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.