Sunday, May 20, 2012

Jalan-jalan ke Penang

Assalamualaikum.

Wah dah lama dah update post kat blog. Sejak akhir2 ni busy sikit dengan tugasan harian dan preparation for my weeding. (walopun ada 3 bulan lagi tapi tetap perlu wat persiapan awal.. ^_^). Berbalik semula pada topik yang nak Fid cite.

Pada 11hb May lepas, Fid dan Jan (my sister) berkesempatan pergi ke Penang iaitu berkunjung ke rumah Along di Taman Bertam Jaya (tak silap aku la... hihihhi). Pada sebelah pagi hari tersebut, Fid ada meeting di Menara TM Annexe 2 pada pukul 9.30pagi. Seperti biasa Fid akan parking kereta kat Stesen Setiawangsa dan menaiki tren ke Stesen Kerinchi. Sebenarnya Fid tak yakin dan malas nak drive ke Menara TM menaiki kereta. Kira-kira kul 12.00tengahari meeting di Menara TM masih berjalan. Macam-macam dibincangkan dan direquest. Pening kepala Fid tapi semua itu terpaksa diketepikan kerana mereka adalah client pihak syarikat Fid.

Dalam kul 1petang fid cabut aje dari meeting tersebut sebab Fid cuti half day sebelah petang dan disambung oleh Shahidah iaitu salah seorang staff my company. Dari Stesen Kerinchi aku berpatah balik semula ke Stesen Setiawangsa. Dari Setiawangsa Fid pergi ke ofis untuk mengambil broadband dan external hard disk yang tertinggal di ofis. Sebenarnya nya broadband tu tak ada la penting sangat tp software dalam external tersebut yang hendak digunakan oleh along nnti. Dari ofis Fid terus balik ke rumah dan mula mengemas baju dan barang-barang yang perlu di bawa nanti.

Kira-kira pukul 4.30 petang, Fid dan Jan bergerak ke Hentian Duta dan dihantar oleh Hadi. Kami merancang untuk tiba awal ke Stesen Bas sebab bimbang jalan jammed tambahan pula cuaca mulai renyai-renyai. Bas kami tiba kira-kira pukul 6.30 petang. Ada perkara yang amat Fid tidak puas hati dengan pengurusan bas ni. Ketika membeli tiket secara online, structure  seat  bas menunjukkan bas tersebut mempunyai seat 2 - 1 tapi bila naik bas seat 2 - 2. Dah la nak berjalan jauh, sepatutnya sediakan la bas yang selesa.

Perjalanan kami alhamdulilah selamat dan sememangnya laju... hahahaha... Sampai di Stesen Butterworth, salah seorang kawan abang ipar menjemput kami dan kebetulan die ingin menghantar isteri nya menaiki KTM untuk pulang ke Rawang. 1st time dapat jumpa Afham Haziq. Dah besar anak buah Mak Ngah. Mula-mula Afham diam aje walaupun di acah-acah. Mungkin dia tak biasa dengan kami dan dah lama tak jumpa. Kami sampai di rumah Along kul 10 malam. Sampai rumah along terus menghidang makan malam. Kebetulan masa kami datang, abang ipar Fid balik ke Kelantan. Selepas makan, kami terus bersiap-siap mau tido. (Amalan yang tak patut diamalkan... hihihihi). Fid tido atas toto di bawah katil. Semasa baring, tiba-tiba Fid nampak Afham tengah tersengih dari atas katil. Terus die minta di dukung. Dah mula nak bermain dan dah kenal. Tergelak2 die dapat men dan malam tu kami tido lewat layan afham. Yang istimewa nya Afham ini die seorang yang manja dan cepat mesra.

Afham comel


Sebenarnya tujuan utama kami sanggup datang ke Penang sebab Along meminta bantu Fid untuk mengedit picture untuk preparation untuk mengajar sebab menurut Along, pihak PPD akan datang ke sekolah untuk menilai Proses Pengajaran dan Pembelajaran. (Betul ke apa yang aku cakap ni? takut salah konsep lak... ). Jan turut membantu menyiapkan plan dalam bilik darjah untuk kelas kanak-kanak Tadika. 

Selepas menyiapkan kerja tersebut, Along ajak kami bershoping ke Queensbay Mall. 1st time Fid nak drive di Penang ni dan sampai salah lorong untuk ke mall tersebut. Highway ke Penang pula sibuk dengan lori dan kenderaan berat. Seram lak bawa kete orang lain sebab tak biasa bawa. Along berkesempatan bershoping handbeg kat seed. Pastu along usya kasut lak kat sembonia. Entah macam mana tiba-tiba along di serang allergic akibat makan udang. Mata along mulai membengkak dan dia mula bersin. Melihat keadaan Along makin teruk terus kami balik rumah. Bawah ada beberapa picture Jan dan Afham semasa kat Queensbay Mall.

Muka bosan kene teman mama nya shoping

With Jan

Pada hari keesokkan nya kami pulang ke KL pada pukul 6.15petang. Masa nek bas kami di bebel oleh pakcik Bas sebab bawa naik bas MC Donald. Kami bukan faham di bebel dalam loghat utara.. hahaahaha.. pekak kan telinga aje la. Macam la kami ni budak-budak boleh menyebabkan bas bersepah dengan makanan. 

Kami simpai di KL pukul 10.30mlm dan dijemput oleh Encik Tunang. InsyaAllah kami akan datang lagi ke Penang untuk jumpa Along dan family. Cayang dan rindu Afham.. Muahhh..




No comments: