Sunday, December 4, 2011

Cuti ohhh cuti

Bismillah....

Setiap hari isnin adalah hari yang paling malas nak wat kije bagi fid. Hanya mood cuti wat masa sekarang. Duk kat meja terfikir2 apakah tugasan yang masih belum disiapkan??? Rasa nya dah xbanyak kije yang perlu dilaksanakan. Selalu nya akhir tahun adalah time rilex bg sesebuah company tp bg company ni akhir tahun paling byk projek yang nak di deliver kepada client. Mintak2 la bonus pun berlipat kali ganda. hukhukhuk.....

Memandangkan akhir tahun adalah cuti sekolah, maka ramai la para ibu bapa akan mengambil cuti untuk pergi bercuti bersama family. Kalo dilihat kebanyakkan pusat peranginan full booking. InsyaAllah satu hari nnti aku pun akan bercuti sakan untuk membawa anak2 comel ku bercuti (huhuhu... belum pape dah berangan aku ni... yang penting ada impian :D ) . Sabar2 beri peluang kepada pekerja yang ada komitmen pada anak masing2.

Bila bercakap tentang cuti, Fid sedih sebb cuti pada 23hb December dan 30hb December terpaksa di hold kan sebb berkemungkinan ada UAT untuk projek TM. Baru berangan2 nak bercuti panjang. :_( Fid hanya dapat bercuti pada 12hb December dan 19hb December sahaja. My senior suggest ambik cuti tidak berturutkan. Maksudnya sekali ambik cuti tu xperlu nak ambik lama2 tp kalo kerap xpe. So aku decide ambik pada hari jumaat or hari isnin. Kalo tak dapat cuti mintak2 pihak campany boleh membayar balance cuti tu atau carry forward untuk tahun depan. Makna nya 12hari cuti akan diforward kan pada tahun 2012. ^_^ Banyak nyaaaaaaaaaaa..... :-P

Tahun depan adalah tahun yang paling special dan tahun paling sibuk bagi Fid. Banyak menda yang nak diuruskan dan byk yang memerlukan cuti. Tinggal beberapa bulan saja untuk tiba pada hari special tu. Fid Harap segala nya berjalan lancar hendakNya. Sekarang sibuk mengira berapa hari yang tinggal dan apakah preparation yang perlu dilaksanakan. Tak lupa juga sekarang sibuk mengira wit dan baget. hihihhi... Kalo boleh Fid xnak ada menda2 penting yang tertinggal nnti. Check list fid dah start siapkan bulan lepas tp sampai sekarang masih xsiap2 lagi. Bukan sebb terlalu byk menda yang nak dilistkan tp kerana kesibukan kije yang membataskan.


Menghitung hari dan menghitung duit... ^_^


Bercakap berkenaan dgn tarikh perlaksanaan nya Fid dan Encik Tunang dah decide tarikh nya. kedua2 belah pihak mungkin dah tahu tp pape pun sebulan or dua bulan nak langsung kedua pihak akan berbincang semula tentang tarikh, atur cara dan sebagai nya. Bila kah tarikh yang kami pilih??? tarikh nya masih rahsia sebb nnti kami akan umumkan sendiri kepada semua. Tp yang pasti pada bulan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SEPTEMBER 2012 iaitu pada bulan syawal. InsyaAllah kalo xde pape halangan dan dengan izinNya.

Sekian Terima Kasih

No comments: