Thursday, August 4, 2011

Kau sentiasa di hati ni..


Tanggal 1/Ogos/2011 pergi nya seorang insan yang amat ku sayang dalam hidup ini. Di saat orang ramai menyambut kedatangan ramadhan, kau pergi wat selama-lamanya. Mak Ngah redha atas pemergian mu Asytar Zikri yang baru berusia 3 tahun 1 bulan. Semoga kita jumpa di sana. InsyaAllah.

Kira2 pukul 1.30pagi aku mendapat perkhabaran bahawa Asytar Zikri (Adik) telah pergi wat selama-lamanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa terkejut dan sedih nya mendapat perkhabaran itu. Dengan serta merta aku dan jan kemas barang berkemas untuk pulang ke kampung (Pekan) dan menghadiri majlis pengebumian di Pasir Mas kelantan.

Sepanjang perjalanan pulang, aku asyik teringat kenangan2 yang terindah bersama arwah. Terlalu byk kenangan tambahan die adalah satu-satunya anak saudara yang aku ada di dunia ni. Dia ditatang bagai minyak yang penuh dalam keluarga ku. Tp Allah lebih menyayangi nya. Aku yang rasa teramat sedih apa tah lagi mama dan papa nya.

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah ketika arwah bersama dgn parentnya datang KL sebb nak p IKEA pada bulan june lepas. Aku join diorang tp jan xdapat join sebb die kuar bersama ina dan rakan lain. Sepanjang perjalanan ke IKEA arwah asyik duduk di riba ku walopun kerusi kereta kosong di sebelah. Beberapa kali aku suruh arwah duduk kat kerusi tu tp die enggan. Mula2 pelik n rasa lain macam gak tp cepat2 campakkan jauh2 andaian yang buruk. Dia juga asyik bercerita pasal pengalaman die pergi ke Aquaria KLCC. Sambil bercerita beberapa kali aku mencium nya tanpa dia merasa rimas. Tiba2 die bertnya "mah ngah, abang mie x kelik ke?". Aku pelik macam mana di boleh ingat pasal abang mie. Aku jawab "abang mie kije adik".

Masa di IKEA kiteorang makan nasi ayam kat IKANO. Arwah berselera sangat makan nasi ayam. Sepinggan die abis makan. Masa makan die asyik nak berkongsi air dengan aku. Ketika itu aku hanya order air limau ais. Air yang di order oleh mama nya enggan di minum. Sepanjang berjalan dalam IKEA, hanya aku dibenarkan menolak troli yang dinaiki. Kalo papa dan mama die tolak die akan marah dan menjerit2. Rupa nya itulah hari terakhir aku dapat meluangkan masa bersama nya. Masa on the way blik ke rumah, arwah minum susu dan tertido. Sebelum kuar dari kereta aku sempat cium pipi arwah wat kali terakhir.

Selain itu, aku teringtkan saat indah kiteorang pergi ke Cameron Highland. Kalo di ingtkan memang terlalu banyak kenangan. Dia la penghibur hati kami sekeluarga apatah lagi mama dan papa nya.

Saat arwah pergi, mama nya sedang menunggu masa untuk bersalin. Arwah xsempat nak menyambut kelahiran adik sendiri. Tp menurut along, adiknya yang bakal lahir, muka nya serupa saling tak tumpah dengan muka arwah Asytar Zikri. Mungkin adik nya yang bakal lahir akan menjadi pengganti diri arwah. Tp bagi aku arwah mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang sentiasa tersemat di hati ini.

Al- Fatihah untuk arwah.

2 comments:

Wahidah Bakar said...

Fid, sabar ya.. Mungkin ade hikmah disebaliknya.. Yang pasti, Allah lebih menyayanginya.. Al-Fatihah...

Fied said...

InsyaAllah ada hikmah di sebalik kejadian nya. Sekarang aku dah ok. Saja nak post. Mana la thu one day nnti aku nak kenangan kan balik arwah... Boleh ingt saat2 manis bersama...