Wednesday, July 27, 2011

Kita berubah untuk menjadi lebih baik

Setiap perubahan pada diri seseorang semestinya inginkan sesuatu yang lebih baik bukan nya menjadi lebih jahat. Adakah itu hanya untuk mendapatkan pandangan yang baik dari seseorang. Adakah apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah? Kalo setakat nak menarik perhatian baik tak perlu la.

Betul kata2 orang, kalo kita berkawan dgn seseorang pada awal perkenalan segalanya baik. Pijak semut pun tak mati tp bila dah beberapa tahun mula la perkara baik pada awal perkenalan terbang hilang entah ke mana. Aku tahu zaman sekarang kite susah nak jumpa kawan dan sahabat yang betul2 baik walopun diri ni xde la sebaik mana. Sekurang2 nya boleh saling menasihati. Kalo boleh seseorang teman yang boleh menerima teguran dan boleh menegur kesilapan kita. Selain itu boleh bertukar2 pandangan sama ada ketika bershopping dan segala hal. Baru la silaturahim tu berkekalan hingga akhir hayat. Bukan mencari kesempurnaan tp sekadar mencari keserasian.

No comments: