Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kembali menjelma [1 Ramadhan]

Assalamualaikum,

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat merasai nikmat ramadhan pada tahun ni. Masih berkesempatan berpuasa dan menjalani ibadah terawih bersama keluarga. Tahun ini adalah tahun pertama Fid dapat merasa berpuasa bersama dengan insan tersayang bergelar suami.

Hari ni adalah hari pertama kita berpuasa dan merupakan hari pertama bangun awal pagi menyediakan juadah bersahur untuk suami. Fid bangun seawal pukul 4.30 pagi dan selesai masak dalam pukul 5pagi. Sediakan air panas dan hidangkan lauk pauk. Apabila selesai baru lah kejutkan Encik Suami. Nasib baik Encik Suami seorang yang senang di kejutkan dari tido. Hahahaha... Sedang masak boleh lak teringatkan mak di kampung dan terfikir "Begini lah mak dulu menyediakan makanan untuk abah dan anak-anak". Touching jap mak. InshaAllah jumaat malam nnti kami akan blik ke Pekan. Tak sabar rasa nya berbuka dengan mak abah. Rindu sangat2 kat diorg sebab dah lama tak jenguk diorang. =_)

Untuk juadah berbuka nanti masih belum difikirkan sebab kami akan beli kat Pasar Ramadhan aje kot. Rasa nya tak sempatkan nak memasak. Kalo hujung minggu inshaAllah sempat. Hihihihi...

Kepada kawan2 semoga bulan ramadhan ni memberi keberkatan kepada kite semua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan terawih. Jangan tinggal puasa yek dan jujur lah pada diri sendiri.

Sekian.




No comments: