Alhamdulilah hari ni ke 8 umat islam menjalani ibadah puasa. Semoga kita dapat menjalani dengan baik dan bersederhana. Mesti ramai di kalangan kita mengambil peluang di bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan. Fid juga tidak terkecuali untuk menurunkan berat badan yang makin meningkat sejak kahwin ini. Hihihi... Alhamdulilah sejak puasa ni Fid dah kehilangan sebanyak 1.5KG selama seminggu. Kalo di tanya cara permakanan sepanjang berbuka dan bersahur, Fid masih mengambil makanan yang biasa di makan ketika tidak puasa seperti nasi dan makanan manis.
Menurut my bos, ketika berpuasa dia tidak mengambil minuman yang manis tetapi tidak mengehadkan makan dan selepas puasa berat badan nya menurun sebanyak 10KG. Kalo Fid, serius tak dapat menahan minum air manis-manis sebab amat terliur melihat pelbagai air di Pasar Ramadhan. Kalo boleh target untuk menurunkan berat badan ketika puasa ni adalah 5kg. Dan kalo boleh tak nak menggunakan sebarang ubat kurus untuk menurunkan berat badan. Kadang2 sesetengah ubat kurus ada kesan sampingan.
Gudluck to me... =_D
No comments:
Post a Comment