Thursday, March 15, 2012

Perigi mencari timba


Assalamualaikum all,

Salah kah jika perempuan melamar lelaki atau kata perpatah "seperti perigi mencari timba"?


Sebenarnya fid tiba2 tergerak hati nak cakap pasal ini sebb fid teringat kan seorang kawan ketika belajar kat sekolah dulu. Tapi bagi fid isu tersebut tak ada salah nya jika seorang perempuan melamar seorang lelaki kerana mungkin lelaki tersebut malu tetapi mahu. Kadang2 kalo bab ni perempuan perlu bertindak awal berbanding lelaki dan bukan fid nak cakap lelaki tu 'lembap'. Hihhihihihi... Ada sesetengah pendapat yang menyatakan perempuan melamar lelaki membuatkan perempuan tersebut hilang sedikit unsur budaya melayu dlm diri nya. Semestinya kita sendiri tahu budaya melayu kaya dengan sifat malu dikalangan golongan perempuan. Dalam perhubungan fid dan Encik Tunang semestinya Si Dia la yg melamar dulu. Setiap hubungan semestinya mempunyai kenangan dan jalan cerita yang tersendiri. Berbalik semula kepada cerita kawan fid.

Di sini fid namakan kawan perempuan fid sebagai B dan budak lelaki tersebut sebagai I. Dinafikan I adalah seorang lelaki menjadi impian kebanyakkan perempuan kat sekolah. Almaklum lelaki yang hensem dan pandai. Tak kurang hebat juga Si B yang merupakan salah seorang pelajar pintar di sekolah. Nak dijadikan kisah Si B telah meminta akak nya menyampaikan hasrat hati nya kepada Si I. Semesti nya dalam sesebuah perhubungan kebanyakkan menggunakan orang tengah. Selepas akak Si B tersebut memberitahu hasrat adik nya kepada Si I, Si I hanya berdiam diri. Selepas seminggu baru lah Si I memberi jawapan. Korang thu kah apa jawapan nya yang diberi???? jawapan nya adalah NO!!!!... Si I menolak Si B mentah-mentah. Tambahan lagi mereka berdua belajar dalam kelas yang masa. Hanya Tuhan sahaja yang hanya perasaan Si B ketika itu. Aku berpendapat bahawa perasaan seorang perempuan di'reject' semestinya tidak sama dgn perasaan lelaki di'reject'. Yang paling xsangku adalah Siap akak perempuan itu mintak supaya mereka berkawan2 rapat dahulu dan baru la ke peringkat seterusnya tetapi jawapan nya tetap sama.
Alhamdulilah kini Si B dan Si I sudah berjaya dalam kerjaya masing2 dan kedua2 kini menjadi tenaga pendidik. ^____^.


Bgi fid, fid respect sangat my friend propose lelaki tersebut kerana dia tahu ape yang di mahu. Dia telah berusaha dan semestinya die akan merasa puas walopun die tak dpt memiliki nya. Sebenarnya dalam membina perhubungan kite sepatutnya tidak perlu terlalu menjaga EGO kita. Alhamdulilah dgn izin Allah SWT, dia akan melangsungkan perkahwinan nya pada tahun ini dan lelaki tersebut masih membina kerjaya di tempat orang.

Kesimpulan : Tak salah jika "Perigi mencari timba... :D"

No comments: