Posts

Showing posts from November 29, 2016

RESEPI : MASAK LEMAK CILI PADI KETAM

Image
Assalamualaikum,

Hari ni Fid nak share cara-cara Fid membuat MASAK LEMAK CILI PADI KETAM. Resepi ni mengikut citarasa Fid.

Bahan :
1. 2 batang Serai (diketuk)
2. 3 ulas bawang kecil / 1 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci Kunyit Hidup
5. 10 biji cili padi - Kalau mahu lagi pedas boleh tambah quantiti cili padi
6. 3 ekor Ketam (siap dicuci)
7. 1 Kotak Santan
8. 1 keping Asam Keping
9. Sedikit Minyak (untuk menumis)
10. Sedikit Garam

* Bahan 2+3+4+5 di blend.

Cara-cara :
1. Masukkan minyak ke dalam kuali. Setelah minyak panas tumis Serai dan bahan yang telah dikisar.




2. Setelah garing dan naik bau, masukkan ketam. Gaul rata ketam dan bahan.




3. Seterusnya masukkan Santan. Jika santan terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.



4. Bila ketam dah hampir masak, masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
5. Tutup api dan boleh terus dihidang.

Selamat Mencuba

Kelas Jahitan 1 Malaysia, Batu Caves

Assalamualaikum Semua,

Sejak kebelakangan ini ramai yang tanya Fid kat mana Fid belajar menjahit. Buat pengetahuan semua Fid belajar jahit di Kelas Jahitan 1 Malaysia bertempat di Bangunan Umno Batu Caves.
Yuran nya sangat sangat sangat sangat murah. Cikgu nya pun amat membantu kita untuk siapkan sepasang baju.

Untuk permulaan Yuran Pendaftaran RM50 sahaja. 1 Sesi pembelajaran adalah 3 jam = RM10. Maknanya kalau korang nak belajar 1 hari direct 6 jam maka korang kena bayar RM20.

Terdapat beberapa pakej yang disediakan antara nya seperti di bawah :

Pakej 1 Baju Kurung Pesak Baju Kurung Moden 8 pattern lengan 9 pattern kain Jubah A-cut Jubah Empire Cut Jubah Princess Cut Kurung Pahang
Pakej 2 Blous Wanita (5 pattern) gaun Kanak-kanak (5 pattern) kebaya (3 pattern) Seluar Palazo Baju Melayu Baju Kemeja lelaki Jubah Lelaki
Pakej 3 Uniform Blazer wedding dress (Personal Class Shj)
Kalau berminat sila hubungi Cikgu Fida : 016-6334151. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu ni.

Selamat M…