Friday, December 20, 2013

Resepi : Tauhu Bunga

Assalamualaikum...

Fuhhhhh... Dah berabut blog ni tanpa post yang baru. Sorry sebab blog ni terabai, bz sangat dengan rutin harian.

Hari ni Fid nak kongsikan resepi 'Tauhu Bunga'. Dibawah ni resepi untuk rakan-rakan mencuba.

Bahan-bahan

10 biji Tauhu Kering (Boleh didapati di Supermarket)
1 pekat ayam cincang (500g)
3  tangkai Kacang Panjang
1 biji barang besar
1 batang lobak
sedikit tepung jagung
sedikit garam
minyak

Cara-caranya

1. Tauhu kering tersebut digunting bentuk X pada 1 site sahaja. Dan seterusnya terbalikkan tauhu tersebut dan keluarkan isi dari dalam tauhu. Rujuk gambar di bawah..



Pastikan bentuk nya seperti ini

2. Potongkan Kacang Panjang, Bawang Besar dan lobak kecil-kecil.
3. Seterusnya gaulkan ayam cincang bersama bahan yang telah tadi. Pastikan ayam cincang tersebut lembut selepas dikeluarkan dari peti ais.



4. Gaulkan bahan tadi dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam.




5. Selepas gaul semua, sumbatkan bahan tersebut kedalam tauhu tadi. 



6. Selepas selesai pasnaskan minyak dan goreng.

Tips untuk menggoreng : pastikan api kecil dan masukkan tauhu ini secara terbalik ke dalam minyak.

Selamat Mencuba...

No comments: