Friday, December 20, 2013

Attend Wedding di Ipoh dan Gunung Lang

Assalamualaikum...

Minggu lepas, Fid, suami dan Rodi (adik) berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan member suami di Ipoh. Gerak Dari Damansara Damai dalam pukul 10. Alahamdulilah perjalanan ke Ipoh berjalan lancar. Kami sampai di rumah pengantin kira-kira pukul 1.15petang. 



Ini dia pengantin. (sempat ambik satu gambar aje.. hihhihihihi)

Selepas makan dan bertemu pengantin, seterusnya kami menghabiskan masa kat bandar Ipoh. Serius masing-masing tak pernah sampai ke Ipoh dan tak tahu ke mana nak dituju.


Berpandukan Waze, kami menghala ke Gunung Lang, salah satu pusat rekreasi yang menarik. Di sini korang boleh menaiki bot mengelilingi Tasik. Suasana nya amat menarik.





Ketika perjalanan pulang kami berkesempatan singgah kat rnr Tapah sebab ada officemate kirim jambu. Dan semasa nak parking, Fid jumpa BAS UTEM. Tiba-tiba rindu time belajar dulu. Pergi kelas naik bas.


No comments: