Sunday, October 7, 2012

Rezeki Kahwin

Assalamualaikum,

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan rezeki dan peluang yang diberikan kepada Fid. Baru-baru ini Fid telah menerima surat dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk peperiksaan pemohonan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Peluang ini Fid tidak jangka menjadi salah seorang yang terpilih. Biar pun hanya sebuah peperiksaan tapi Fid syukur diberi peluang untuk merebut jawatan tersebut.

Peperiksaan ini diadakan di Dewan Peperiksaan PSDC Kuantan. Terdapat 3 bahagian soalan yang perlu dijawab yang bermula dri pukul 9 pagi hingga 12.30 pagi. Tak de la direct peperiksaan ini tapi ada 3 section.  Feel menghadiri peperiksaan ini  rasa seronok sangat sebab dihantar dan ditemani oleh suami tersayang. Semangat nya lain macam rasa nya. *gedik...

Slip peperiksaan

Tak sabar rasa nya ingin menunggu keputusan nya dan result nya bakal di umumkan pada 3 Nov 2012 nnti. Bagi rakan-rakan yang turut mengambil peperiksaan ini, sama2 la kita menunggu k. ^_^

No comments: