Monday, October 17, 2011

Petua Hari ni


Bismillah....

Kali ni Fid nak memberikan sedikit petua terutama untuk kaum perempuan. Petua ini turut memberi panduan kepada fid sendiri. Dibawah terdapat beberapa petua antara nya :

1. Petua untuk keputihan



Masalah keputihan sering terjadi pada sesetengah wanita. Keputihan yang banyak dan kadang-kala berbau boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Mandi dan basuh bahagian 'Ms V' anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.


2. Petua mengurangkan air pada 'Ms V'
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim.


3. Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.

4. Petua mengatasi ketiak hitam
Ketiak merupakan bahagian yang kadang-kala dilupakan. Kesannya, ketiak akan menjadi hitam dan berbau kesan pembiakan kuman akibat peluh. Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.

* Nasib bek ketiak Fid tak hitam. Apa yang Fid buat ialah dengan mencabut bulu ketiak tanpa mencukur nya dgn kerap. ^_^


5. Petua mengatasi perut buncit
Perut yang buncit dan menggeleber seringkali menjadi igauan wanita. Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.

Selamat mencuba semua....


No comments: