Sunday, May 22, 2011

PMS????

Beberapa hari sebelum didatangi period aku jadi sedikit pemarah. Aku senang memarahi Encik Kekasih hanya kerana perkara yang kecil. Time ini lah diri ini memerlukan seorang Encik Kekasih yang memahami diri ini. Bila diri ini not in good mood, dia kerap menaikkan kemarahan diri ini.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Korang pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

* Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
* Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
* Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
* Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
* Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.


Dibawah ni ada beberapa tips untuk mengurangi gejala PMS :

* Terapkan pola nutrisi yang sehat (rendah lemak dan garam, tinggi protein, vitamin dan mineral). Perbanyak porsi buah-buahan, sayur mayur, gandum yang tinggi serat. Jika diperlukan, dapat ditambahkan makanan kesehatan (food supplement) yang berupa multivitamin seperti kalsium yang dapat mengurangi rasa kram, Vitamin E untuk mengurangi rasa nyeri pada payudara, keletihan dan insomnia serta Vitamin B6 untuk mengatasi keletihan, iritabilitas dan mood swings.
* Hindari makanan dengan kadar garam tinggi, makanan manis, kafein, alcohol.
* Selalu melakukan olahraga rutin.
* Tidur cukup minimal 8 jam/hari.
* Hindari rokok.
* Hindari stress berkepanjangan.
* Terapi relaksasi (hipnoterapi, terapi warna, meditasi, aromaterapi dsb).


*Tidak semua wanita dapat seseorang yang dapat memahami diri dengan baik. Maka yang seeloknya wanita tersebut hendaklah mengawal diri sendiri. Pesanan untuk diri sendiri..... ^_^

No comments: