Wednesday, May 18, 2011

Aku terima segalanya... ^_^

"Adik peliklah kenapa Kak Ngah tak kahwin-kahwin lagi. Kak Long dah lama kahwin, dah ada anak dah pun. Akak bila lagi? Tak teringin ke naik pelamin?” Tanya seorang adik.

“Owh. Pasal itu kah? Hmm. Adik malu ke sebab ada Kak Ngah yang belum berkahwin?” Kak Ngah pula yang bertanya.

“Adakah Kak Ngah berdosa sebab tak kahwin?” Tanya Kak Ngah lagi.

“Adik nampak Kak Ngah tak bahagia dengan hidup sekarang?”

“Tuhan bagi dugaan pada hamba-Nya yang mampu. Mungkin Kak Ngah lebih mampu mengharungi ujian hidup sendirian daripada diuji dengan anak dan suami..” Sambung Kak Ngah lagi.

“Betullah kata Kak Ngah. Tapi kan. Bukankah bernikah itu sunnah nabi. Dengan pernikahan dapat melahirkan zuriat yang halal, meramaikan ummat Nabi Muhammad saw. Menyempurnakan fitrah dan kehendak seseorang manusia. Yang perlukan teman dan punya tuntutan nafsu. Ada naluri dan ada perasaan yang perlu diladeni. Allah juga berfirman dalam Surah Ar-Ruum, " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” Adik berkata.

“Yela-yela. Gurau sikit je pun… Urm.. Apa yang adik cakap tadi tu pun betul jugak. Bukanlah maksud akak pernikahan itu suatu yang patut dielakkan. Bukan juga niat Kak Ngah tak mahu bernikah. Cuma, sekarang ini jodoh Kak Ngah belum tiba dan Kak Ngah terima segalanya dengan hati yang terbuka. Manfaatkan apa yang akak miliki waktu ini, waktu bujang ni dengan sebaik mungkin..”

“Tak sepatutnya Kak Ngah harus menangis bersedih meratapi nasib diri yang tak laku-laku nih. Atau tak boleh juga Kak Ngah membuang rasa malu, abaikan maruah diri semata-mata ingin digelar isteri orang. Harus ada batas-batasnya dan Kak Ngah percaya pada Qada’ dan Qadar. Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya sudah ditetapkan oleh-Nya. Tinggal akak perlu usaha dan berdoa saja. Mana lah tahu. Dah tertulis dalam takdir Kak Ngah, akak mati dulu sebelum sempat diijab dan kabulkan. Siapa tahu kecuali Allah?”

"Tapi akak jangan berputus asa ya. Selalu tak amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat ke-74 tu?"

"Kak Ngah lawa tau. Don't ever feel that you are not. Jangan rasa rendah diri, you are beautiful u know.. And i love you soooo much.. " Luah adik dari lubuk hati yang paling dalam.

No comments: