Monday, April 18, 2011

Alhamdulilah....


Syukur alhamdulilah dengan rahmatNya kerana aku dah masuk Juzuk 30. Gembira sangat hampir berjaya habiskan bacaan Al-Quran dalam masa beberapa tahun ini walopun dalam kesibukan dalam bekerja. Aku perlu belajar lagi berkenaan dengan Tajwid2 yang sebenarnya aku tidak mahir. Bacaan nya perlu diperbetulkan lagi. Yang Paling penting kita sebagai umatNya mesti la sentiasa belajar dan terus belajar. Kadang2 ada gak berangan, bestnya kalo berpeluang menuntut ilmu tajwid dengan orang yang mahir. Pasni nak ulang semula bacaan Al-Quran. Semoga mendapat lebih keberkatan dari Nya. Amin...

Aku teringat masa kecik2 dulu, setiap malam abah aku mengajar kami semua mengaji Al-Quran walopun disebelah petang nya dah pergi mengaji kat umah tok guru. Yang paling menarik perhatian aku adalah melihat abah mengajar mak mengaji. Sweet nya...

No comments: