Wednesday, September 29, 2010

Mengapa lelaki berusia menjadi pilihan

Satu kajian mendapati majoriti pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) lebih suka memilih lelaki berusia dan berharta sebagai pasangan hidup. Pada pendapat aku lelaki berusia bukan la seorang lelaki yang boleh anggap sebagai seorg bapa atau seorang datuk. Bagi aku biar la sekadar seorang abang yang boleh membimbing dan menjaga diri ini hingga akhir hayat. Pernah satu masa lalu bercita-cita mempunyai teman hidup yang jauh lebih tua dan matang dari diri ini. Mungkin mempunyai jarang umur antara 4 hingga 9 thun daripada umur aku. Bila bercakap berkenaan dengan perkara ni tiba2 teringt kepada mak dan abah. Umur mak aku adalah 9 thun lebih muda dari abah. Ada seorang makcik aku amat memuji perhubungan antara mak dan abah. Amat mesra walopun sudah bercucu. Mungkin abah seorang yang pandai bergurau. Sepanjang hidup ini, aku selalu perhatikan hubungan mak abah. Jika mak membebel abah lebih selesa berdiam diri tanpa berkata. Bukan bermakna takut tp tidak mahu memanjangkan cerita. Satu perkara lagi tentang abah, Beliau tidak pernah membiarkan mak masak sorang2 di dapur dan tidak akan membiarkan kami menonton tv ketika mak sibuk di dapur. Kami akan di arahkan menolong mak di dapur. Aku sendiri amat mengagumi ibu bapa aku... Aku juga berharap akan dikurniakan keluarga yang bahagia. Lelaki berusia lebih romantis, sensitif, sabar layan kehendak isteri, banyak pengalaman untuk dikongsi.

2 comments:

semy said...

betol...hahaha

Fied said...

Encik Kekasih ape yang betul?