Assalamualaikum,
Hujung minggu lepas fid dan jan berkesempatan balik ke Pekan. Perasaan seronok tidak terhingga sebab balik Pekan kali ni Fid tak perlu drive sebab kami nek kete jan. Hihihihi... Di tambah lagi seronok nak berjumpa dengan mak abah dan adik-adik. Memang setiap kali balik jika menaiki kereta jan kami tak dapat bergilir-gilir memandu sebab kereka jan manual. Fid sendiri dah tak berapa pandai bawa manual kecuali memandu kereta kancik. Rasa-rasa nya agak lama juga kot kiteorang tak balik kampung. Kebetulan hari pekerja jatuh hari selasa maka kami terpaksa mengambil cuti pada 30April semata-mata untuk spend masa yang lama di kampung.
Balik kampung kali ini, kami berkesempatan pergi berkelah di Pantai Sepat bersama-sama dengan my family , aunty and my cousin. Sebenarnya ramai lagi yang kami ajak tapi masing-masing mempunyai aktiviti sendiri. Sebenarnya balik kali ni kami nak celebrate birthday abah yang ke 59 dan request dengan Eddy untuk sponsor cake tapi petang tu Eddy tak dapat datang sebab dia perlu bekerja. Tak pe la janji kami dapat spend masa bersama-sama sambil menghirup udara pantai.
Baru sampai : Banyak giler makanan. Masing-masing excited nak picnic
Chef kita sedang membakar ayam... yummy...
Pada keesokkan harinya, Fid pergi ke Majlis Agama Islam Pekan untuk mendapatkan borang Permohonan untuk Berkahwin. Sebenarnya borang tersebut Fid dah download dari website majlis agama tapi ada satu borang senarai semak tidak boleh di download. Maka terpaksa la pergi sebab takut kalo ada pape yang tersilap almaklum kali pertama bernikah. Huhuhuhu.... Masa ambil borang tersebut, terdapat gak la soal jawab dengan orang majlis agama tu. Diorang bertanyakan pasangan orang mana? bila tarikh nikah? tinggal di mana? dan macam-macam lagi. Setiap borang perlu dibeli dengan harga RM1.
Menurut pegawai di majlis agama, jika pihak lelaki adalah berasal dari negeri selain dari pihak perempuan, pihak lelaki hendaklah membuat permohonan perkahwinan terlebih dahulu sebelum pihak perempuan. Contoh nya Encik Tunang Fid orang johor maka beliau hendaklah membuat
permohonan untuk berkahwin di majlis agama johor terlebih dahulu. Selepas mendapat kelulusan dari pihak di Johor maka baru lah Fid boleh membuat permohonan di majlis agama Pekan. Selepas permohonan Fid diluluskan maka baru la boleh bernikah. ^_^
Borang permohonan nikah
Antara document yang perlu disertakan bersama borang ini adalah :
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan.
2. Salinan Kad Pengenalan Wali
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan ( asal dan salinan)
4. Kebenaran berkahwin lelaki (Jika pihak lelaki daripada luar daerah/ Negeri Pahang)
5. Keputusan Ujian Saringan HIV
Selain itu, Fid hendaklah mendapatkan tandatangan dan cop penghulu untuk mengesahkan bahawa Fid bermautautin di negeri Pahang. Di samping itu, pengesahan dari penolong pendaftar juga diperlukan untuk mengesahkan bahawa wali yang dicatitkan dalam borang adalah wali yang sah.
Sekian...