Showing posts with label prosedur. Show all posts
Showing posts with label prosedur. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Prosedur Perkahwinan : Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum

Setiap pasangan yang ingin berkahwin ujian saringan HIV adalah menjadi sesuatu yang wajib di jalani. Setiap borang Permohonan untuk berkahwin yang telah disediakan oleh pihak majlis agama islam disertakan juga borang untuk ujian HIV. Kepentingan ujian saringan HIV ini adalah untuk memelihara kehidupan berkeluarga dan zuriat. Selalu nya pasangan yang ingin berkahwin akan melakukan ujian HIV dalam masa 3 bulan sebelum di ijab Qabul. Dibawah adalah borang Ujian Saringan HIV yang akan digunakan semasa ujian HIV nnti. 


 Borang yang disediakan bersama dengan Borang Pemohonan Untuk Berkahwin.


Baru-baru ni Fid dah buat appointment untuk ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Gombak Setia pada 11June 2012. Pada mula nya, Fid mahu membuat appointment pada 8June2012 tapi menurut nurse di situ ujian HIV tidak dilakukan pada hari jumaat. So terpaksa la ambil pada hari isnin sebab boleh menikmati cuti yang panjang dihujung minggu. Hopefully segalanya berjalan lancar. Nervous nya sebab aku ni sebenarnya takut dengan jarum. 


Bagi sesiapa yang ingin membuat ujian HIV di Klinik Kesihatan Gombak Setia, anda boleh menghubungi ke nombor telefon 03-61860248 untuk membuat appointment atau direct pergi ke klinik tersebut.


Nnti Fid akan postkan berkenaan ujian HIV tu. Hihihihhi berdebar lak.

Sekian.

Prosedur Perkahwinan : Borang nikah

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas fid dan jan berkesempatan balik ke Pekan. Perasaan seronok tidak terhingga sebab balik Pekan kali ni Fid tak perlu drive sebab kami nek kete jan. Hihihihi... Di tambah lagi seronok nak berjumpa dengan mak abah dan adik-adik. Memang setiap kali balik jika menaiki kereta jan kami tak dapat bergilir-gilir memandu sebab kereka jan manual. Fid sendiri dah tak berapa pandai bawa manual kecuali memandu kereta kancik. Rasa-rasa nya agak lama juga kot kiteorang tak balik kampung. Kebetulan hari pekerja jatuh hari selasa maka kami terpaksa mengambil cuti pada 30April semata-mata untuk spend masa yang lama di kampung. 

Balik kampung kali ini, kami berkesempatan pergi berkelah di Pantai Sepat bersama-sama dengan my family , aunty and my cousin. Sebenarnya ramai lagi yang kami ajak tapi masing-masing mempunyai aktiviti sendiri. Sebenarnya balik kali ni kami nak celebrate birthday abah yang ke 59 dan request dengan Eddy untuk sponsor cake tapi petang tu Eddy tak dapat datang sebab dia perlu bekerja. Tak pe la janji kami dapat spend masa bersama-sama sambil menghirup udara pantai.

Baru sampai : Banyak giler makanan. Masing-masing excited nak picnic


Chef kita sedang membakar ayam... yummy...


Pada keesokkan harinya, Fid pergi ke Majlis Agama Islam Pekan untuk mendapatkan borang Permohonan untuk Berkahwin. Sebenarnya borang tersebut Fid dah download dari website majlis agama tapi ada satu borang senarai semak tidak boleh di download. Maka terpaksa la pergi sebab takut kalo ada pape yang tersilap almaklum kali pertama bernikah. Huhuhuhu.... Masa ambil borang tersebut, terdapat gak la soal jawab dengan orang majlis agama tu. Diorang bertanyakan pasangan orang mana? bila tarikh nikah? tinggal di mana? dan macam-macam lagi. Setiap borang perlu dibeli dengan harga RM1. 

Menurut pegawai di majlis agama, jika pihak lelaki adalah berasal dari negeri selain dari pihak perempuan, pihak lelaki hendaklah membuat permohonan perkahwinan terlebih dahulu sebelum pihak perempuan. Contoh nya Encik Tunang Fid orang johor maka beliau hendaklah membuat  permohonan untuk berkahwin  di majlis agama johor terlebih dahulu. Selepas mendapat kelulusan dari pihak di Johor maka baru lah Fid boleh membuat permohonan di majlis agama Pekan. Selepas permohonan Fid diluluskan maka baru la boleh bernikah. ^_^


 Borang permohonan nikah

Antara document yang perlu disertakan bersama borang ini adalah :
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan.
2. Salinan Kad Pengenalan Wali
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan ( asal dan salinan)
4. Kebenaran berkahwin lelaki (Jika pihak lelaki daripada luar daerah/ Negeri Pahang)
5. Keputusan Ujian Saringan HIV

Selain itu, Fid hendaklah mendapatkan tandatangan dan cop penghulu untuk mengesahkan bahawa Fid bermautautin di negeri Pahang. Di samping itu, pengesahan dari penolong pendaftar juga diperlukan untuk mengesahkan bahawa wali yang dicatitkan dalam borang adalah wali yang sah. 

Sekian...