Assalamualaikum...
Sapa kat situ pernah makan daging dendeng ni? Fid kali pertama makan daging ini masa majlis kahwin jan dulu. Kawan mak yang menyediakan masakan pengantin tu buatkan. Entah macam mana teringin lak nak makan dan semangat mencari daging untuk buat lauk ni. Cara penyediaan nya memang rumit terutama kalo nak buat untuk kenduri. Kalo nak makan sendiri ok aje.
Ni aje sempat snap.. (pic x cantik)
Daging
Bahan-bahan:
1 Kg daging
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci Halia (ditumbuk)
3 sudu kicap manis
sedikit minyak
sedikit garam
Cara-cara:
1. Rebuskan daging tersebut dan tambahkan sedikit garam. Rebus tanpa perlu hiris nya sebab kita akan hiris selepas direbus.
2. Selepas direbus selama 1 jam, hiris daging tersebut nipis-nipis.
3. Seterusnya ketuk daging tersebut menggunakan penukul daging. Penukul ni korang boleh beli kat Daiso. Kalo tak de korang ketuk menggunakan lesung batu.
4. Selepas itu, perapkan daging yang telah diketuk itu bersama-sama dengan dengan bawang putih + halia + kicap manis.
5. Perapkan selama 1 jam dan seterusnya gorengkan dengan menggunakan minyak yg banyak (seperti goreng ikan).
6. Setelah garing angkat dan toskan.
Sambal
Bahan-bahan:
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
sedikit halia
sedikit minyak
sedikit gula
Cara-cara:
1. Blendkan semua bahan dan tumiskan bersama dengan sedikit minyak.
2. Tumis sampai garing dan masukkan daging yang digoreng tadi (seperti di atas).
3. Gaul sebati dan masukkan gula. Jika kurang masin boleh tambahkan sedikit garam.
4. Angkat dan sedap dimakan bersama dengan nasi panas.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment