Wednesday, June 25, 2014

Mengumpat berdosa tau

Assalamualaikum

Siapa ada kawan yang suka bermuka? Fid rasa ramai aje kita boleh jumpa pada hari ni. Kadang geram gak dengan orang macam ni, rasa macam nak belasah aje. Semua ni bukan terjadi pada Fid tapi budak tu mengadu pasal kawan dia tu. Bila dia dengan kawan nya tu ok terus lupa apa yang di umpat nya.

Kadang2 orang macam ni, kalau die jumpa kawan lain sure ada orang lain yang di umpat. Urmmm... kalau kawan baik sendiri dia umpat apatah lagi orang lain.


Kalau jumpa orang macam ni sila la berhati-hati bila berkata. Tak semua orang kita boleh meluahkan perasaan.

Thursday, June 12, 2014

Daging Dendeng

Assalamualaikum...

Sapa kat situ pernah makan daging dendeng ni? Fid kali pertama makan daging ini masa majlis kahwin jan dulu. Kawan mak yang menyediakan masakan pengantin tu buatkan. Entah macam mana teringin lak nak makan dan semangat mencari daging untuk buat lauk ni. Cara penyediaan nya memang rumit terutama kalo nak buat untuk kenduri. Kalo nak makan sendiri ok aje.


Ni aje sempat snap.. (pic x cantik)

Daging

Bahan-bahan:
1 Kg daging
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci Halia (ditumbuk)
3 sudu kicap manis
sedikit minyak
sedikit garam

Cara-cara:
1. Rebuskan daging tersebut dan tambahkan sedikit garam. Rebus tanpa perlu hiris nya sebab kita akan hiris selepas direbus.
2. Selepas direbus selama 1 jam, hiris daging tersebut nipis-nipis.
3. Seterusnya ketuk daging tersebut menggunakan penukul daging. Penukul ni korang boleh beli kat Daiso. Kalo tak de korang ketuk menggunakan lesung batu.
4. Selepas itu, perapkan daging yang telah diketuk itu bersama-sama dengan dengan bawang putih + halia + kicap manis.
5. Perapkan selama 1 jam dan seterusnya gorengkan dengan menggunakan minyak yg banyak (seperti goreng ikan).
6. Setelah garing angkat dan toskan.

Sambal

Bahan-bahan:
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
sedikit halia
sedikit minyak
sedikit gula

Cara-cara:
1. Blendkan semua bahan dan tumiskan bersama dengan sedikit minyak.
2. Tumis sampai garing dan masukkan daging yang digoreng tadi (seperti di atas).
3. Gaul sebati dan masukkan gula. Jika kurang masin boleh tambahkan sedikit garam.
4. Angkat dan sedap dimakan bersama dengan nasi panas. 

Selamat Mencuba.



Lempeng dan Kari Ayam

Assalamualaikum...

Sebab dah lama tak update blog, maka hari ni banyak la post nya... Hhihihi.. Ada sesetengah orang panggil lempeng dan ada gak yang panggil pan cake (omputih la sangat). Walaupun simple tapi rasa nya amat sedap. Hahaha... Lempeng ni salah satu favourite food Encik Suami..


Lempeng/Pancake

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Masuk kan semua bahan dan blend sehingga bahan tersebut sebati.
2. Seterusnya goreng kan lempeng tersebut. Masukkan minyak tapi sedikit sahaja untuk mengelakkan ia meletak di kuali.

Kari ayam

Bahan-bahan:
4 ketul daging ayam (untuk dimakan oleh 4 org)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
8 tangkai lada kering (Nak pedas boleh tambah quantiti lada)
2 sudu serbuk kari
sedikit asam jawa
sebiji kentang (nak letak banyak pun boleh)
sedikit garam
1 kotak santan
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Blend kan bahan seperti bawang besar + bawang putih + halia + lada kering.
2. Ambik sedikit dahan yang diblend dan gaulkan sekali bersama serbuk kari.
3. Tumiskan bahan tersebut sehingga garing. Setelah garing masukkan ayam.
4. Gaul sehingga ayam tersebut mengeluarkan air sendiri (makna nya ayam dah hampir masak).
5. Masukkan santan. Agak-agak la sukatan santan tersebut. Jika hendak pekat boleh masukkan sukatan lebih.
6. setelah itu masukkan kentang. Setelah kentang dah empuk boleh la masukkan asam jawa dan garam. (ada orang cakap if masukkan asam jawa sebelum masukkan kentang, kentang tersebut akan susah empuk).
7. Rasa dan hidangkan bersama lempeng tadi.



Chicken Grill Sos Blackpepper

Assalamualaikum....

Yummmy... Bila tgk gambar ni rasa teringan lak nak masak Chicken Grill ni. Untuk kali ini, Fid nak share resepi macam mana nak buat Chicken Grill dan Sos blackpepper nya. Korang layan dulu pic ni.

 Chicken Grill without rice  for me

 With Rice for hubby

Ayam

Bahan-bahan:
4 ketul ayam tanpa tulang
2 sudu besar so tiram
2 sudu besar kicap manis (Fid pakai kicap kipas udang)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
Lada hitam dan lada sulah
sedikit minyak (sebab tak de olive oil. If  ada minyak olive oil lebih elok)

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Cucuk sedikit pada bahagian ayam tersebut supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
3. campurkan lada hitam + lada sulah + sos tiram + kicap + bawang putih +  halia + minyak dan gaulkan semua nya
4. Seterusnya lumur bahan tersebut pada ayam dan perap untuk beberapa jam. Lebih lama diperap lebih sedap.
5. Akhir sekali grill ayam tersebut. Fid selalu nya menggunakan magic pan sebab senang dan tidak lekat. Kalo sesiapa tak de magic pan boleh pakai kuali biasa. 

Sos Black Pepper

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar dicincang halus (digalakkan pakai bawang holland)
4 sudu besar tepung gandum
1 kuib ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis (Kicap kipas udang)
2 sudu sos lada hitam (Fid pakai brand Puteri)
1 sudu lada hitam ditumbuk (Terpulang kepada nak lebih pedas boleh tambah quantiti lada hitam)
3 cawan air
2 sudu mentega

Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar sampai naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan tumis sikit.
3. Masukkan tepung gandum
4. Masukkan air dan kacau dengan sebati
5. Masukkan kuib ayam
6. Masukkan Sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sampai sebati. 
7. Biarkan ia mendidih dan dihidangkan.

Licin pinggan 

Selamat mencuba...