Saturday, May 29, 2010

Penuh dugaan...

Entah la sejak akhir2 ni banyak tul dugaan yang nak ditempuhi...
Dengan kesihatan yang merunsingkan...
Dengan si kekasih lagi...
Dengan kije lagi...
Dengan kerenah orang sekeliling...
Pening kepala...!!!!!!


hahahaaha... satu lagi masalah yang perlu ku tanggung seorang diri,
tgk la macam mn sok...
kalo xlarat sangt terus p jemput $%&$##.
"Ya Allah, berikan la aku kekuatan menempuhi dugaanmu,
Kau sembuhkan la demam ku ini"

Time demam ni aku amat memerlukan emak.... (^~^)

Saturday, May 15, 2010

Nak ke taknak ek?


Runsing...

Aku nak ke taknak ek?

keperluan or keinginan?

Bila difikirkan aku rasa keperluan...

Mampukah aku?

kite perlu tnye diri kite sama ada mampu or tidak...

aku rasa aku xmampu...

Macam mn ni?

Runsing....

Perancangan....

Bulan ni setiap minggu aku sibuk dgn aktiviti yang menyibuk kan. Hahaha.... Minggu depan aku nak blik kampung ada hal sikit. Tp sebelum blik kampung aku nk p umah mak long ambik barang sikit and jumpa kawan aku. Pastu dalam tengahari aku terus blik kampung jumpe mak dan abah tercinta. Rindu kat diorg. Kalo ada kapal terbng sendiri aku blik kampung tiap2 minggu... hahahaha...

Then the next week aku nak kene p penang. Tengok anak saudara aku yang sorang tu. Selain itu aku nak nek kete baru Gen2 CPS. Adik aku punya. Seronok nya die dah ada kete. Aku ni bila lagi la nak ada kete. Entah la keinginan untuk mempnyai kete wat masa ni xde lagi. Mungkin xde yang berkenan di hati. Tp mungkin satu hari nnti aku kene gak beli kete. Pekerjaan aku memerlukn aku memiliki kereta terutama untuk ke tempat keje.....

Asytar nnti kan mak ngah ek. Rindu lak pada die. Maklum la anak buah sorang. Hujung bulan ni nk ajak jan p Lost World of Tambun la. Ajak abang azrul sekali. Hari tu ada gak cal mak, ada gak mak ckp nk pergi penang tgk cucu. Tp kene tunggu cuti sekolah. Jom la ramai2 kumpul kat Penang. Kite p jalan2 sama2 satu family dan memeriahkan lagi umah along. Hahahahaha... Aku ni dalam nak berjalan ni gaji aku lak xkan keluar akhir bulan ni tp kuar awal bulan depan. Tp xpe adik aku dah offer nk kasi pinjam wit.... TQ baq...

Tuesday, May 11, 2010

Lumrah Alam...



"Cari diri ini ketika diperlukan dan buang diri ini ketika tidak diperlukan"


Sume orang di dunia ni ada perasaan.


Sama ada cacat or sempurna anggotanya.

Jangan asyik nak mempertahankan ego sendiri...

Dimana kata2 yang pernah diucapkan???

adakah sekadar untuk menjaga hati???


Friday, May 7, 2010

Kehidupan Baru

Bismillah....


Dah lama kira nya aku tidak melayan blog aku ni. Aku sibuk sejak akhir2 ni. Hari ni baru la aku berpeluang untuk mmbebel lagi dalam blog aku ni. Kali ni aku nk cite kan perkembangan aku dan kerjaya aku. Hihihihiihihi..... Lepas aku partime kat Tentacle Technologies baru2 ni sebagai content developer aku dapat offer dari Tentacle tuk kije di CIMB Bukit Damansara. Aku di offer kije sebagai MSB helpdesk tuk CIMB. Gaji yang di offer kepada aku RM1600 sahaja (Basic).



Aku terima aje jawatan tu sementara mencari kije len. Sekarang susah nak cari kije. Masih ramai lagi graduan yang menganggur di luar sana. Kawan aku sendiri graduan perakaunan UiTM tidak ade kije lagi dan sekarang bekerja sebagai operator pengeluaran yang hanya dibayar dgn gaji RM500 ( basic) sebulan. Selepas training java di KLMU aku pernah berhasrat untuk bekerja sebagai operator pengeluaran seperti kawan aku. Tp nasib bek ketika membuat keputusan untuk kije di Penang, aku mendapatkan offer ini.


Ini aku nak cite pasal kije aku. Masa mula2 nk terima kije ni aku risau kije ini seperti Call Center, faham2 la kalo kije Call Center ni kije 24hour, Kene caci dgn customer dan meletihkan. Tp skop kije aku bukan macam tu. Kije aku ni juga ada shift tp shift nya antara 8am-8pm sahaja. Aku bukan berhadapan dgn customer luar tp aku berinteraksi dgn staff CIMB sendiri jika berkaitan dgn IT. So far aku seronok dengan kije aku. Dalam seminggu aku hanya bekerja 5 hari seminggu sahaja. Tp dalam satu bulan aku dikehendaki sekurang2 nya bekerja sekali pada hari ahad or sabtu. Ini disebabkan kerana sesetengah2 branch CIMB ada dibuka pada hari sabtu dan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah branch dibuka pada hari ahad.


Sekarang yang memeningkan kepala aku ialah mencari umah sewa. Sementara mendapat umah sewa aku duk menumpang hostel KLMU dan umah nadia kat wangsa maju. Sedih tul perjalanan hidup aku ini. Ahad ni aku may be akan pindah ke Flora Damansara. Aku duk dgn Liza. Deposit umah RM1600 tp selepas dirunding tuan umah kurangkan RM1200. So sorang RM600. Pasni bru la kiteorg nk cari lagi 2 orang penyewa bilik. Nnti tak la terbeban sangat nk bayo wit sewa tiap2 bulan. Sewa tuk sebulan RM450 sahaja... Sape2 yang berminat hubungi la saya di talian bebas tol 013-6964810. hihihihhi....



Sekian Terima Kasih.... :-)

Thursday, April 22, 2010

kerja oh kerja

kerja oh kerja...
bila la aku nak dapat kije ni,
kadang-kadang sedih gak masih tak dapat kije
kawan2 yang lain kebanyakkan dah ada pekerjaan..

teringat kata-kata along petang td
"insyaAllah suatu hari nnti ada la rezeki angah, kalo p interview tp itu bukan rezeki kita maka kita tetap tak dapat la kita kije itu"

sedih dengar... tp itu la kenyataan..
yang penting kite perlu berusaha insyaAllah aku dapat kerja...
Hari ahad ni dah nak blik Pekan..
tunggu la interview2 dari cni...

duk umah jaga anak saudara...
hihihihihi...
nak tanam jagung la kat belakang umah... hahahaha..
kalo tanam anggur xleh idup lak... huhuhuhu..
duk umah makan free... segan nya....
tp nak wat macam mn...

Saturday, April 10, 2010

Cite hari ini (Membosankan dan mengalutkan)

Hari ni seperti biasa selepas solat subuh aku tido semula... hahahaha buruk tul perangai aku ni... Orang tua cakap kalo tido semula selepas subuh rezeki susah nak masuk...

Pagi2 dalam kul 9 pagi aku dapat pnggilan dari program GEMS. Si pemanggil menyatakan yang aku sepatut nya ada interview untuk GEMS. Pelik tul. Sebelum ni memang ada dapat panggilan dari encik Lan die suruh aku datang ke KIPSAS untuk interview GEMS pada 10hb. So aku cakap ok la aku akan pergi interview tu.. Selepas beberapa hari aku dapat lak email to invite pergi interview GEMS kat KIPSAS pada 6hb tp aku dah reply email tersebut yang memberitahu kepada penghantar email yang aku xleh nak attend coz training J2EE kat KLMU selesai pada 7hb. So aku mintak postpone tp email yang aku hantar tak mendapat response pun so aku anggap interview tu dibatalkan... So aku xambik kisah dan tak pergi la interview tu... Aku ckp kat si pemanggil tu yang aku dah dapat kije bermula 1Mei 2010....

kira2 kul 10.30 aku dapat lak panggilan dari tentacle technologies. dah la sound hp aku problem so xdengar ape yang si pemanggil tu cakap. Si pemanggil suruh aku datang ke ofis nya kira2 kul 1PM untuk diberitahu pasal kerja. Dah la aku sorang2 tambahan lak aku xbiasa dengan area KL. Sebelum kur umah aku mula kalut menggosok baju kurung ditambah lagi dgn menunggu teksi tetapi mash belum tiba. Company tu terletak di Plaza Sentral. Si pemanggil tersebut siap ingtkan aku untuk membawa laptop. Selain itu die siap memintak aku mengajak member2 yang mahir menggunakan html. aku message liza ajak p tapi die outing dgn Faris, cal finas xberangkat lak... Cal kak imah pun xberangkat gak... So aku redah aje p sorang2 ke Plaza Sentral. Dari Taman melati ambik tren ke KL sentral. Tiba kat KL sentral aku dah pening xtahu nk menghala ke mana. Last nya p kat information center and tnya macam mn nk p Plaza Sentral. Bila dah sampai Plaza Central berpusing2 aku cari Block 3B. P tanya kat information Center tp bila tgk org yang kat citu terdiam aku seketika. Rupa nya seorg polis yang lengkap dgn baju seragam nya. Hahahahaha... bila aku diam siap die tnya " adik ape yang boleh saya bantu?" aku just senyum dan tnya level brp Tentacle Technologies. Pas tgk fail die bgtau aku tingkat 5 bilik no 3. Dengan semangat aku nek tingkat 5 dan cari bilik no3. Aku pelik nape xde bilik no3 dan nama company Tentacle Technologies. Last nya aku cal semula Dadby dan tnya sama ada betul or tidak ofis nya level 5. Rupanya company tu level 3 bilik no5. Berpeluh2 aku. Sampai sane dadby jumpe aku dan seterusnya berjumpe dgn seseorg yang menerangkan ape tugas aku. Aku tgk kat ofis tu sume india. Company nya tak la beso tp boleh tahan cantik. selepas mendapat penerangan dari Mr. ??? aku pulang dgn hati gembira. Alhamdulilah ada gak job walopun hanya untuk seminggu. Skop kerja aku ialah melibatkan html fail dan aku akan ditugaskan selama seminggu dan dibayar RM200. Selepas seminggu bru la aku diserap mengikut kekosongan.

Sebelah petang lak aku penuhi dgn aktivit tido. Bangun just untuk solat asar. Bosan duk sorang2. Nak layan internet malas lak. Bila kesunyian aku mula nak touching2 rindu kat mak, abah, abang dan sume org yang aku sayang... Kadang2 macam2 aku fikir.... huhuhuhhu... Bawah ni saje aku letak pic mase p Melaka bru2 ni...