Sunday, August 14, 2016

Travelog : 2H1M Port Dickson

Agak lama blog ni bersawang. Serius tidak sempat untuk post entry dalam blog ni. Busy mengalahkan usahawan berjaya. Sebenarnya sibuk dengan rutin harian. 

Kali ni nak cerita pasal percutian ke Port Dickson.
Tak de la percutian sangat sebab bermalam sehari sahaja di sana. Tujuan utama nya untuk celebrate birthday Encik Suami yang ke 31 pada 9 July. Ada rezeki lebih sedikit boleh la nak menginap di hotel yang selesa sedikit. 

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson 

Sebenarnya tempahan bilik telah di buat awal bulan 2 hari tu melalui website booking.com tetapi check in pada 8 July. Selain booking di booking.com, korang boleh direct buat reservation dengan pihak hotel. Ops terlupa nak bagitau kami menginap di mana. Kami menginap di Grand Lexis Port Dickson. Korang semua wajib cuba menginap di sini. Serius cantik. Yang paling istimewa setiap bilik di sini disediakan bersama dengan kolam renang. Korang tak perlu la berebut dengan pengunjung lain dan untuk muslimah yang hendak mandi kolam amat sesuai. 

Hadapan Hotel

Jalan menghala ke bilik kami

Suasana dalam bilik kami


Sarapan Pagi

Excited tiup lilin

Tarikan yang utama di Port Dickson ni adalah Pantai Teluk Kemang. Banyak aktiviti2 pantai yang boleh dilakukan termasuk lah banana boat, jetski, mandi manda dan lain2. Payung dan kerusi malas juga disediakan untuk disewa kepada pada mengunjung. Di sekitar Pantai Cenang turut disediakan gerai2 yang mana pengunjung boleh menikmati ABC, Cendul, Pisang Goreng, Keropok Lekor dan masakan panas. 


ABC dan Keropok Lekor

Antara tarikan lain adalah Muzium Tentera. Bayaran masuk adalah Percuma. Pengunjung dapat mengetahui macam mana perkembangan teknologi tentera negara kita dan sejarah pasal perjuang negara. 





Salah satu tempat yang paling aku suka adalah Pulau Burung. Nak ke pulau tu kita kena melalui jambatan yang disediakan. Air laut sangat jernih. Selain itu di pulau tersebut terdapat menara yang mana pengunjung boleh melihat suasana sekeliling dari atas. 



Bagi sesiapa yang inginkan percutian pendek boleh datang ke sini. Tenangkan fikiran melihat laut dan bersantai. Terdapat banyak pilihan hotel dari yang murah hinggalah yang mahal.
Lihatlah poket dan pilihlah yang terbaik.
Selamat Bercuti

Bye... 


No comments: