Sunday, October 26, 2014

Checklist dan tips untuk pindah rumah baru

Assalamualaikum,

Selepas 2 tahun duduk di Apartment Saujana ni, bermula bulan November 2014 ini Fid dan suami akan berpindah ke Keramat lak. Memandangkan office Fid bakal berpindah ke Sri Rampai Business Park. So dekat la sikit nak berulang ke tempat kerja. Cuma Encik Suami jauh sikit la untuk ke tempat kerja.

Plan nya nak pindah awal tahun depan tapi kebetulan kawan time study dulu offer rumah family dia untuk di sewa. Harga berpatutan dan yang penting ia adalah rumah teras 2 tingkat. Bukan senang nk dapat sewa rumah teras dgn harga yang murah. Alhamdulilah rezeki kami. :D

Untuk berpindah ni macam-macam perkara yang nak diuruskan. Antara nya :

1. Dapatkan kunci dan confirmkan bila akan masuk ke rumah baru. Selain itu bayar deposit dan sewa pertama.

2. Meminta kebenaran untuk pindah keluar dri Apartment Saujana. Pemohonan tersebut perlulah dilakukan di Pejabat Pengurusan

3. Contact Astro untuk memindahkan Astro ke rumah baru.

4. Pemulangan access card kepada Pejabat Pengurusan.

5. Settle urusan berkenaan rumah dengan tuan rumah ( maybe ada payment / deposit). - Done

6. Cari lori untuk di sewa bagi mengangkut barang ke rumah baru (termasuk hire pekerja untuk angkat barang)


Selepas settle kan urusan di atas maka boleh la mengambil langkah untuk mengemas barang apa yang patut.

Antara barang yang diperlukan :

1. Penyapu untuk membersih rumah (pakai penyapu yang sedia ada aje).  - Done


2. Kotak
- Kotak untuk menyimpan barang-barang. 



3. Plastik Wrapping. - Done
- Ini penting untuk balut peti ais dan mesin basuh. Ini bagi mengelakkan calar balar. Kita boleh juga guna untuk membalut perabut. Selain itu untuk tilam, anda dinasihat untuk balut dgn plastik ini kerana bimbang jika semasa process pemindahan itu berjalan cuaca hujan. Selamat la tilam dri basah walaupun lori ada bumbung canvas. 


4. Pita Pelekat
- Digunakan untuk mengemaskan kotak.

5. Maker / Note pelekat
- Untuk melabelkan kotak yang berisi dgn barang. Make sure barang semua dilabel untuk memudahkan anda menyusun dan mengemas di rumah baru nnti.


Tu saje buat kali ini. Next time Fid update progress pindah. 

Bye. 

No comments: