Tuesday, May 20, 2014

Trip To Langkawi Day 1

Assalamualaikum...

Dah agak lama tidak menaip blog. Puh...puh.. dah berabut pun. Kali ni Fid nak cerita pengalaman bercuti ke Langkawi. Sebenarnya ini kali pertama Fid dan suami sampai ke Langkawi. Konon holiday ni sempena 1st anniversary.

14 February 2014 

9.00 pagi : Perjalanan kami bermula di awal pagi. Bertolak dari Damansara Damai bersama suami dan mak Fid. Kebetulan mak hendak ke rumah along kat Seberang Perai. Sebelum bergerak ke langkawi kami juga akan bermalam di rumah along dan seterusnya sebelah pagi esok nya baru la bergerak ke Kuala Perlis untuk menaiki Feri.

12.30 tengahari : Kami sampai di Seberang Perai. Sebelah petang tu, Encik suami sempat meemcuba superbike abang ipar. Sebenarnya dia memang berangan nak memiliki superbike sendiri. Abang ipar siap beri kebenaran pada suami tuk bawa motor tersebut keluar dri kawasan rumah. Hahahaha...



15 February 2014

9.00 pagi : Bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Sebenarnya Jeti Kuala Kedah lebih dekat dgn Penang tapi ada yang berpendapat jarak dri Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah lebih dekat lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

Alhamdulilah cuaca amat baik walaupun sedikit panas


11.30 pagi : Tiba di Jeti Kuala Perlis

Yeah dah sampai jeti

11.45 pagi : Setiba nya di jeti, kami seterusnya mencari tempat untuk park kereta. Sampai aje di jeti kami ditegur oleh seorang lelaki, dia bertanya nak park kereta di tempat yang berbumbung or tidak. Bila tgk keadaan parking kereta tidak berbumbung jauh dari jeti kami mengambil keputusan untuk memilih parking yang berbumbung. Walaupun harga nya agak mahal tapi sekurangnya kita berkeyakinan kereta kita selamat. Parking berbumbung untuk dua hari sebanyak RM45.

 
Resit Parking

12.00 tengahari : Kami bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah. 

Tiket Feri


2.00 petang : Kami tiba di Jeti Kuah dan seterusnya mencari kereta sewa. Ketika di KL kami memang tak plan untuk cari kereta awal2. Baget nak cari apabila tiba di sana. Hotel kami dah cari dan booking awal2 sebb risau if hotel full booking. Secara jujur nya kami mengesal tidak booking kereta awal2 sebab kami mendapat kereta yang agak tidak memuaskan hati. Kereta tersebut tidak boleh dibuka cermin nya dan aircond nya tidak sejuk. Keadaan kereta nya jangan cakap lah. Encik suami dah emosi sebab kami tidak dapat kereta yang di ingini. Bayaran sewa yang dikenakan oleh kami lebih kurang RM45 sehari. So total untuk 2 hari adalah RM90. Bergerak dari kuah kami menuju ke Pantai Cenang yang mana resort yang kami pilih terdapat di situ. Kami telah menginap di Malibest Resort. Keadaan resort nya cantik kerana berada di tempat yang strategik. Berhadapan dengan resort tersebut terdapat pelbagai aktiviti laut yang menarik untuk dilakukan.

Depan Hotel


Resit Hotel

3.00 petang : Check in hotel dan berehat sementara merancang lokasi yang pertama ingin dilawati. 

4.00 petang : Seterusnya kami merancang untuk menaiki cabel car di Gunung Macincang. Berpandukan Waze kami menuju ke sana. Jarak nya dari Pantai Cenang ke Cabel Car lebih kurang 25km. Pengalaman pertama menaiki cabel car memang menggerunkan.



8.00 malam : Keluar makan area hotel dan jalan2 sepanjang Pantai Chenang. 

11.00 malam : Balik bilik berehat sebab hari esok semestinya dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. 

Next post Fid cerita pasal Island Hopping. 

Sekian... 

6 comments:

Anonymous said...

cerita xmenarik.. xlengkap... xbest baca

jey said...

Tq Fid, sedikit sebanyak membantu untuk merancang percutian kami sekeluarga.

Anonymous said...

agak menggu benda alah kt sebelah knn blog nie...nk tarik ke bwh pun susah

Fied said...

Sorry tak lengkap.

Fied said...

tq for your feedback

Fied said...

Welcome. Hope boleh menbantu.