Saturday, August 24, 2013

1st Anniversary for our wedding

Assalamualaikum,

Pada 23hb malam, Encik suami balik kije lambat sampai malam. Encik suami whatsapp tnye dah makan ke belum. Fid jawab dah makan popia goreng ketika berbuka puasa tadi. Dalam hati terfikir mesti Encik suami tidak makan lagi sebab dia tnye "hari ni tak masak ke?".Seminggu dua ni Fid cuba habiskan puasa ganti. Ganti awal2 senang tak perlu ganti last minute. Seriously tak teringat lak hari esok adalah hari anniversary kami. Bila laci ternampak coupon Dominos pizza, tiba2 teringin lak dan memandangkan boleh makan dengan suami time blik kije nnti.

Tunggu punya tunggu sampai tertido. Sedar2 Encik Suami kejutkan dan ckp "Sayang bangun cepat dah pukul 12.00, Happy Anniversary" disertai dengan kucupan di pipi. Mata berkedip2 dan automatic bibir tersenyum dan mengucapkan "Happy Anniversary Abang =_)"

Cepat2 bangun dan basuh muka terus mengadap Dominos tiga kotak (tak la mengadap semua nya untuk satu malam.. hihihihi....)



Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana pada tarikh ini 24th Ogos 2013 genap lah setahun perkahwinan kami. Syukur sangat-sangat masih dipanjangkan umur dan dipanjangkan jodoh. Semoga jodoh kami dipanjangkan lagi dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah. Amin. 

Ketika menaip post ni bibir terukir senyuman dan teringatkan detik-detik indah ketika mula-mula bergelar seorang isteri kepada Norazmi bin Abd Jalil. Semoga kebahagian ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 

"Kepada suamiku tersayang, terima kasih abang kerana telah menjadi imam dan ketua yang terbaik dalam rumahtangga kita. Semoga kita diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga kita dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin"

No comments: