Wednesday, November 3, 2010

Cerita Semalam...

Bismillah....

Malam tadi akak saudara aku call around dalam kul 11.30 malam. Time tu aku dah dibuai mimpi. Nasib bek aku sempat angkat kalo tak selamat la aku sambung tido semula. Hihihihihihi.... Ada kabar gembira yang dia nak sampai kan walopun aku dah tahu apakah khabar gembira tu sebab before ni dia dah bagitau aku. Daripada situasi itu aku tengok betapa gembira nya seorang wanita bila mendapat tahu diri nya akan di pinang oleh lelaki yang dicintai
tidak lama lagi. Aku sendiri yang mendengar rasa amat gembira apatah lagi tuan punya badan. Kak long inform pihak lelaki akan datang meminang (mungkin majlis bertunang) pada 18 December 2010. Kak long call aku sebab ingin mengingatkan aku tarikh tersebut dan semestinya menginginkan aku bersama nya untuk persediaan majlis tersebut. Aku doakan kan kak long berbahagia untuk perkahwinan kali ini walopun gagal untuk perkahwinan pertama. Amin... Lagipun sekarang umur kak long baru diawal 30-an. Masih panjang waktu yang perlu ditempuh.

Bila duk asyik dengar orang lain nak kawin and tgk orang lain bahgia bersama anak2 masing2, hati ni kadang2 terusik jugak. Bila la agak nya aku dapat merasa perasaan begitu yek. Tp hati selalu memujuk hati supaya sentiasa bersabar. Hihhihhi... Masih byk perkara yang perlu diselesaikan. Jodoh aku lambat lagi... Allah dah tentu kan yang terbaik untuk kita. Tp aku tgk majoriti kawan2 aku sume nya dah bekerja melebihi 2 tahun pastu baru kahwin. Bila fikir2
Allah maha adil. Kawan2 aku tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tp mereka murah rezeki hingga dapat menempuhi alam perkahwinan lebih awal. Tp aku bersyukur dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga Adimurahkan rezeki. Amin...

So pape pun aku kene tunggu 2 tahun berkerja dulu dan seterusnya baru la fikir pasal kahwin. Hihihihi... Sian pada pihak lelaki yang terpaksa menyediakan keperluan untuk majlis. Kita sebagai wanita sepatutnya memberi peluang kepada pihak lelaki dan memberi pesanan "Siapa cepat dia dapat....".

* Yeah... Hari ni dapat bisness kad dari pihak syarikat... :-) (saje nak riak kat blog sendiri...)

No comments: