Monday, January 10, 2011

Nama yang diberi Radhiyah...

Semalam semasa sedang lena diulik mimpi tiba2 handphone ditelinga aku berdering. Sape la yang cal aku malam2 ni. Rupa2 nya adik aku Radhiyah yang lebih dikenali sebagai Rodi. Pelik gak nape la tengah2 malam die cal. Rupanya saja nak mengadu pasal study dia. Sebenarnya aku sokmo ingt adik aku sorang ni masih berapa di sekolah menengah. Tp sebenarnya dah ambik Diploma dalam bidang Civil..

Rodi : Hello Assalamualaikum angah.
Angah : Wassalam.. Ngah wat pe ni?
Rodi : Baru siap study.... (Rajin nya adik aku... hahaahaha)
Angah : Ok tak belajar?
Rodi : Susah la angah. Subjek add math rodi xpandai sangt la. Lecturer pun tak thu nak ajar macam mn pada kiteorg ni. Ramai yang xfaham. Dah la dulu Rodi mana ada ambik add Math.
Angah : Belajar la slow2... tnya kawan2...
Rodi : Ye la.. Pastu subjek Survey (ukur tanah) pun susah. Assignment dalam group. 1 group campur lelaki perempuan. Dak lelaki malas nak wat asyik perempuan aje yang kene. Penatnya... (bese la ragam2 budak kalo mula mengenal erti belajar di kampus... Aku dulu terpaksa berdikari sendiri dan hanya mengadu pada kawan2 aje)
Angah : Xpe buat aje nnti kite yang pandai.... Duit belanja ada lagi ke?
Rodi : Duit belanja ada sikit aje. Macam2 nak kene bayor. Nak mintak dengan abah segan lak. Angah : Wit PTPTN dah dapat ke?
Rodi : Wit PTPTN xdapat lagi. Angah, laptop ni sokmo mati time ngah wat kije....
Angah : Xpe la nnti kite beli baru ek. Wit bantuan perajurit dah dapat ke?
Rodi : Ngah tunggu wit tu la bru nak beli laptop.
Angah : Ye la... Xpe la nnti cuti Tahun Baru Cina angah ajar add Math tu ek ( ish saje ambik hati, sebenarnya angah pun kene study add math semula kalo nak ajar rodi.... hhihihihhi.....). Hostel ok x? ada masalah kulit lagi ke?
Rodi : Hihhihihi... kulit dah ok. Xde masalah.... K la angah, kalo telefon angah ni mahal
Angah : Ye la (Amboi berkira dgn akak sendiri... huhhuuhu xpe dak belajar byk nak pakai duit)
Angah : Belajar rajin2....
Rodi : K Assalamualaikum
Angah : Waalaikumussalam...

Keesokkan harinya :
- Sampai aje ofis aku terus google cari pasal LOG dalam subjek Add Math....
- Aku pun dah ingt2 lupa tuk subjek ni...
- :-D
- Jom print note tuk subjek add math... hahaha...

Wednesday, January 5, 2011

Lunch Hari ni...



Hari ni p lunch kat Wild Basil kat Solaris Dutamas berhampiran ofis aku. Hari ni lunch bersama dengan Sidah. Best gak la makanan kat citu. Nnti nak ajak Sang Kekasih makan kat citu la... :-) Hari tu makan sama2 kat Bandaria Ayam Kampung. Next time ek cayang kite p makan kat Wild Basil... Layan aje la pic ni... :p


Lasagna ni sedap....


Ni hidangan yang dipilih sidah....

Tuesday, January 4, 2011

Naik lagi 10sen....


Hari ni harga minyak ron97 naik lagi 10sen. Tp nape haya ron97 aje yang naik? ron 95 xnaik pulak. Semenjak dua menjak ni aku dah mula pakai minyak ron97. Bagi aku dan kete aku memang ron97 lebih jimat dan berkuasa dari ron95. Hahahaaha.... pendapat masing2 tp bagi Sang Kekasih mula2 puji melambung minyak ron97 akhirnya berpotensi tinggi untuk menggunakan ron95 semula. Xpe sayang minyak mana2 pun sama aje. Sejak Akhir2 ni harga barang mula naik tp gaji aku xde gak naik2... :-(


Monday, January 3, 2011

Pengalaman Masa Sekolah....

Hari ni rata2 corong radio di malaysia membincangkan pasal topik pengalaman di sekolah. Aku pun ada cerita tersendiri. Dulu ketika sekolah rendah, time tu darjah 3 or 4 (aku xingt sangat). Masa tu kelas bahasa Melayu. Masuk aje cikgu ke dalam kelas cikgu mengarahkan kami membahagikan dak2 kelas kepada 2 kumpulan. Masa tu sekolah kampung so bilangan murid nya tak banyak. Cikgu berkata "Hari ni saya hendak membuat pertandingan pantun di dalam kelas". Aku punya la excited kegumbiraan... :-D

Lebih kurang 5 minit masa berlaku, tiba la giliran Mohd Zainuruddin bin Zakaria (aku masih ingt lagi nama die tp aku panggil dia 'Wan').. Dia tujukan pantun tuk aku. Muka bersinar2 sambil pegang pen tuk menulis apakah keyword tuk membalas pantun tersebut. Pantun nya aku ingt2 lupa tp yang aku ingt sampai sekarang die tnye :

"Kenapa fidah gemuk dan pendek?"

Time tu bengang giler sume dah dak kelas gelak. Entah macam mn tiba2 aku menangis sebab sume orang gelakkan aku. Lastnya dak2 kumpulan pujuk dan cakap "ko balas la semula kat Wan tu"

Akhirnya aku berjaya tenangkan hati dan balik pantun tersebut. Entah macam mn selepas aku balas pantun pada dia, Wan boleh lak menangis sebab pantun aku... hahahaaha akhirnya dua2 nangis. Bila keadaan kelas kecoh akhir nya pertandingan pantun tu ditamatkan. hahahaa gara2 aku dan Wan kelas Bahasa Melayu ditamatkan... Peristiwa tu aku masih ingt sampai sekrang...

Bila sekarang ingt semula saat2 tu memang kelakar. Apakah pantun yang aku tujukan pada Wan biar la rahsia... hahaahaha....

Kasih nya ibu...

Bila dengar lagu ini teringin kat mak di kampung. Tiba2 teringin lagu ni pas tgk post kat OhTidak seorang ibu sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan seorang anak.


Sunday, January 2, 2011

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum...





Kali ni aku nak post resepi Asam Pedas Melaka. Xtahu la kalo aku masak sedap ke tidak. :-)

Antara Bahan-bahan nya adalah :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
{Blander kan bahan2 di atas}

3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :


Panaskan minyak. Seterusnya masukkan halba dan masukkan bahan2 yang diblend tadi. Seterusnya puan2 masukkan serai. Setelah bahan tersebut garing n masak, masukan gula dan daun kesum dan bunga kantan. Seterusnya masukkan ikan, kacau2 sket then masukkan air asam jawa. Terakhir sekali msukan terung, bendi dan geram. Apabila dan mendidih boleh tutup api.

* asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick..
* lagi pekat, lagi sedap...
* menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
* Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe


* Selamat Mencuba... :D

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011...

Assalamualaikum...

Dah lama gak aku tak menaip cerita2 semasa dalam blog ni. Cik fid sebenarnya bz sikit sejak akhir2 ni. Bese la wanita bekerjaya katakan... Hihhihi...

Diam tak diam kite dah masuk tahun 2011 kan. Kalo diikutkan umur aku dah mencecah 25thun tp masih nampak muda... huhuhuhu... Perasan nya aku ni... Setakat ni impian tahun lepas dah tercapai:
  1. Menghabiskan pengajian di peringkat ijazah
  2. Memiliki CCQ****
  3. Mempunyai kerjaya selepas abis belajar.
  4. Yang penting membawa kebahagian tuk orang yang tersayang terutama mak dan abah...

Bertarikh 1 JAN 2010:

Aku berkesempatan menghabiskan masa bersama Sang Kekasih di PD dan seterusnya ke Melaka iaitu tempat yang pernah menjadi saksi saat2 indah percintaan aku dan dia. Di melaka juga lah detik pertemuan kami wat pertama kali... Sweet nnya (gedik giler... :p).... Sebenarnya plan tuk ke PD ni adalah plan yang x dirancang. Perjalanan kami bergerak lancar dan nasib baik ketika tu jalan xjammed. Tp jalan mula jammed kat Tol masuk ke PD. Sampai kat PD kira2 kul 2 petang. Cuaca masa tu panas giler. Aku tak tahu la macam mn orang ramai boleh mandi laut ketika panas terik. Sampai aje kat PD terus cari tempat makan. Time tu peyut dah lapo. Pastu jalan2 kat tepi pantai. Dah puas berjalan2 kat PD Sang Kekasih dengan selamber ckp "kita terus ke Melaka". Aku ingt die men2 aje... Dua tiga kali gak la aku tnye Sang Kekasih untuk kepastian. Kalo aku tnye lima enam kali dah lame aku kene kutuk dgn dia. :D....

Word pertama yang kuar dari mulut Sang Kekasih ketika sampai melaka ialah "Awal lak kita datang Melaka tahun ni" (jeng.. jeng...).... Aku menjawab dengan senyuman... :-D

Kami berkesempatan jalan2 kat MP, Dataran Pahlawan, Pantai Puteri, Pantai kelebang dan yang paling best tidak melepaskan peluang tuk p makan asam pedam melaka. Yummy sedap giler dan pedas giler. Pas makan kiteorg terus bertolak balik ke KL kira2 jam 10 malam... Bye MeLaka nnti kami datang lagi... InsyaAllah... :-D

Semalam tiba2 teringin nak belajar macam mn nak masuk asam pedas melaka... Next post aku akan letak resepi Asam Pedas Melaka...

Ops terlupa nak bagitau apekah azam baru tuk Tahun 2011. Antara azam nya :
  1. Meningkat Prestasi kerjaya sekarang semoga lebih bek dari tahun lepas.
  2. Meningkatkan amalan agar lebih baik dari tahun lepas
  3. Biarlah Rahsia... InsyaAllah....
*Segalanya hanya dari NYA....

Bye...
Wassalam...