Sunday, January 2, 2011

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011...

Assalamualaikum...

Dah lama gak aku tak menaip cerita2 semasa dalam blog ni. Cik fid sebenarnya bz sikit sejak akhir2 ni. Bese la wanita bekerjaya katakan... Hihhihi...

Diam tak diam kite dah masuk tahun 2011 kan. Kalo diikutkan umur aku dah mencecah 25thun tp masih nampak muda... huhuhuhu... Perasan nya aku ni... Setakat ni impian tahun lepas dah tercapai:
  1. Menghabiskan pengajian di peringkat ijazah
  2. Memiliki CCQ****
  3. Mempunyai kerjaya selepas abis belajar.
  4. Yang penting membawa kebahagian tuk orang yang tersayang terutama mak dan abah...

Bertarikh 1 JAN 2010:

Aku berkesempatan menghabiskan masa bersama Sang Kekasih di PD dan seterusnya ke Melaka iaitu tempat yang pernah menjadi saksi saat2 indah percintaan aku dan dia. Di melaka juga lah detik pertemuan kami wat pertama kali... Sweet nnya (gedik giler... :p).... Sebenarnya plan tuk ke PD ni adalah plan yang x dirancang. Perjalanan kami bergerak lancar dan nasib baik ketika tu jalan xjammed. Tp jalan mula jammed kat Tol masuk ke PD. Sampai kat PD kira2 kul 2 petang. Cuaca masa tu panas giler. Aku tak tahu la macam mn orang ramai boleh mandi laut ketika panas terik. Sampai aje kat PD terus cari tempat makan. Time tu peyut dah lapo. Pastu jalan2 kat tepi pantai. Dah puas berjalan2 kat PD Sang Kekasih dengan selamber ckp "kita terus ke Melaka". Aku ingt die men2 aje... Dua tiga kali gak la aku tnye Sang Kekasih untuk kepastian. Kalo aku tnye lima enam kali dah lame aku kene kutuk dgn dia. :D....

Word pertama yang kuar dari mulut Sang Kekasih ketika sampai melaka ialah "Awal lak kita datang Melaka tahun ni" (jeng.. jeng...).... Aku menjawab dengan senyuman... :-D

Kami berkesempatan jalan2 kat MP, Dataran Pahlawan, Pantai Puteri, Pantai kelebang dan yang paling best tidak melepaskan peluang tuk p makan asam pedam melaka. Yummy sedap giler dan pedas giler. Pas makan kiteorg terus bertolak balik ke KL kira2 jam 10 malam... Bye MeLaka nnti kami datang lagi... InsyaAllah... :-D

Semalam tiba2 teringin nak belajar macam mn nak masuk asam pedas melaka... Next post aku akan letak resepi Asam Pedas Melaka...

Ops terlupa nak bagitau apekah azam baru tuk Tahun 2011. Antara azam nya :
  1. Meningkat Prestasi kerjaya sekarang semoga lebih bek dari tahun lepas.
  2. Meningkatkan amalan agar lebih baik dari tahun lepas
  3. Biarlah Rahsia... InsyaAllah....
*Segalanya hanya dari NYA....

Bye...
Wassalam...

No comments: